Ketahui 10 Bahan Kandungan Rokok Yang Boleh Membunuh Anda

Disemak & Disahkan oleh Pakar Perubatan

Kandungan ini disahkan oleh lembaga perubatan berlesen kami selaras dengan garis panduan klinikal berasaskan bukti dan piawaian Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Apakah pengertian rokok?

Merokok merupakan tabiat yang menjadi kebiasaan bukan sahaja di kalangan masyarakat Malaysia tetapi di seluruh dunia juga terpengaruh dengan trend ini. Merokok dianggap sebagai simbol maskuliniti atau kehebatan bagi sesetengah orang. Ada juga menjadikan rokok sebagai sumber yang memberikan kelegaan dari tekanan hidup. Walaupun populasi di dunia sudah tahu keburukan dan bahaya merokok namun masih ramai lagi yang merokok. Jadi apa yang menyebabkan perokok tidak boleh meninggalkan rokok walaupun sudah tahu bahayanya? Apakah kandungan rokok dan kesan merokok dan kepada orang sekeliling. Marilah kita sama-sama lihat kandungan rokok untuk mengetahui mengapa ianya begitu berbahaya.

Telah dilaporkan bahawa terdapat 7000 bahan kimia di dalam rokok dan sebanyak 70 bahan yang dikenali menjadi punca kanser. Antara bahan-bahan utama rokok yang membahayakan ialah:

1. Nikotin

2. Tar

3. Karbon monoksida

4. Arsenik

5. Formaldehid

6. Plumbum

7. Benzena

8. Kadmium

9. Hidrogen sianida

10. Aseton

Kandungan rokok dan kesannya:

1. Nikotin

Nikotin adalah bahan dalam rokok yang tidak asing lagi namanya. Kajian menunjukkan nikotin adalah penggalak pertumbuhan kanser. Bagaimana nikotin menyebabkan ketagihan? Nikotin secara amnya akan meransangkan pengeluaran dopamin dalam otak. Dopamin adalah hormon yang menyebabkan seseorang untuk merasa gembira dan teruja.

Seperti dadah, dopamin akan melatih otak kita untuk mengulang pengambilan nikotin. Setiap kali kita menghisap rokok, otak kita akan mengeluarkan hormon dopamin. Jadi semakin lama seseorang itu menghisap rokok, semakin sukar dia meninggalkannya. Disebabkan nikotin menjadi punca ketagihan, perokok yang ingin berhenti akan mengalami fenomena sindrom sarak ataupun withdrawal symptoms. Ketahui jika anda bergantung kepada nikotin di sini! Antara simptom-simptom yang anda akan alami ialah:

  • Rasa keinginan yang kuat untuk merokok
  • Kerisauan

Cepat marah

Kemurungan

Rasa kekosongan

Tidak dapat menumpukan perhatian

Jadi apakah kesan nikotin terhadap badan kita?

Merosakkan saluran darah dan meningkatkan risiko penyempitan saluran darah

Menyebabkan pening kepala

Gangguan sistem pencernaan

Menyebabkan ulser perut

2. Tar

Tar mengandungi pelbagai bahan kimia yang menyebabkan kanser. Sebanyak 60 bahan kimia yang dijumpai dalam tar adalah bersifat karsinogen (punca kanser). Apabila seorang perokok menghisap rokok, tar akan menghasilkan permukaan yang melekit pada dinding dalaman paru-paru. Hal ini akan menyebabkan kanser dan penyakit kronik pernafasan. Tar juga merupakan penyebab paru-paru menjadi hitam. Bahan ini bukan sahaja menyebabkan penyakit pada paru-paru, ia juga boleh menyebabkan kanser mulut, kerosakan gigi dan penampilan yang kurang baik.

3. Karbon monoksida

Karbon monoksida ialah gas yang tiada bau dan warna dan meningkat dalam darah apabila seseorang menghisap rokok. Sewaktu karbon monoksida memasuki dalam saluran darah, oksigen akan bercantum dengan gas ini sekaligus menyekat oksigen dari diserap ke dalam sel-sel tubuh. Antara simptom-simptom keracunan karbon monoksida ialah:

Mudah letih

Pening kepala

Loya dan muntah

Kekeliruan

4. Arsenik

Arsenik ialah bahan yang boleh dijumpai dalam kandungan rokok yang juga penyebab kanser seperti:

Kanser paru-paru

Kanser kulit

Kanser pundi kencing

Kanser hati

Kanser buah pinggang

Sebuah kajian telah menunjukkan bahawa walaupun dalam jumlah yang sedikit arsenik boleh menyebabkan kematian akibat sekatan saluran darah dan penyakit jantung.

5. Formaldehid

Formaldehid merupakan kandungan rokok yang terhasil daripada bahan bakar rokok. Ia merupakan gas yang tiada warna tapi mempunyai bau yang kuat. Antara kesan apabila seseorang terdedah kepada formaldehid ialah:

Mata berair

Kepedihan ada mata, hidung dan tekak

Batuk

Nafas berbunyi seperti wisel

Kegatalan kulit

Penggunaan rokok dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan kanser hidung dan telah terbukti bahawa formaldehid merupakan bahan karsinogen.

6. Plumbum

Pendedahan pada plumbum boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada otak dan sel darah merah.

7. Benzena

Benzena mengurangkan sel darah merah dan merosakkan sum-sum tulang. Ini membuatkan seorang perokok boleh menghidapi penyakit anemia. Anemia merupakan penyakit di mana sel darah merah berkurangan. Kekurangan sel darah merah akan menyebabkan kekurangan oksigen yang dihantar kepada sel. Benzena juga dikaitan dengan Leukemia Myelogenous Akut, ia merupakan kanser sel darah putih.

8. Kadmium

Kadmium juga boleh dijumpai dalam kuantiti yang banyak dalam rokok. Ia mampu merosakkan paru-paru, buah pinggang, hati dan sel darah merah. Kadmium juga merupakan bahan karsinogen. Antara gejala keracunan kadmium ialah:

Loya dan muntah

Cirit birit

Kekejangan otot

Gangguan deria

Kegagalan buah pinggang

9. Hidrogen sianida (Hydrogen cyanide)

Untuk pengetahuan anda, kadar hidrogen sianida dalam sebatang rokok adalah dalam lingkungan 10 – 400 mikrogram. Hidrogen sianida adalah sejenis gas yang akan menghalang sel-sel dalam tubuh badan dari menggunakan oksigen. Oksigen adalah komponen yang penting untuk sel-sel berfungsi. Tanpa oksigen, sel-sel dalam tubuh badan akan mula mati.

10. Aseton

Di dalam rokok terdapat bahan yang dipanggil aseton. Aseton adalah cecair yang mempunyai bau yang kuat dan senang terbakar. Aseton boleh dijumpai pada pokok dan tumbuh-tumbuhan, malah tubuh badan kita menghasilkan aseton apabila anda memakan diet yang rendah lemak.

Kadar aseton yang sedikit tidak akan memudaratkan kesihatan anda, tetapi hal ini tidak berlaku kepada seorang perokok. Dalam kadar sederhana, aseton mampu membuat iritasi pada hidung, tekak, paru-paru dan mata. Selain itu, aseton boleh menyebabkan pening kepala, peningkatan degupan jantung, loya dan muntah.

Dalam kadar tinggi, aseton boleh menyebabkan koma. Wanita juga boleh mengalami haid yang tidak teratur. Aseton akan menyebabkan kulit pada dinding mulut rosak. Kerosakkan pada dinding mulut yang berulang kali akan menyebabkan anda cendurung untuk mendapat kanser mulut.

Rokok tidak mendatangkan apa-apa hasil ataupun manfaat. Jika anda merokok untuk menghilangkan tekanan, terdapat banyak cara lagi untuk menghilangkan tekanan yang tanpa memudaratkan kesihatan dan meningkatkan risiko menghidap pelbagai penyakit seperti kanser paru-paru dan kanser-kanser lain. Anda berhak untuk menjalani hidup yang sihat begitu juga mereka di sekeliling anda. Rokok bukan sahaja memudaratkan anda, tetapi juga mereka yang terhidu asap rokok yang anda. Berhenti merokok dapat menyelamatkan anda dan orang yang anda sayangi. Lakukan sekarang dan jauhkan diri daripada bahaya rokok. Rujuk kepada doktor untuk mengetahui tentang cara-cara berhenti merokok.

Penyemak Perubatan & Pasukan Editorial

Penyemak Perubatan Disahkan Disahkan MMC

Dr. Chong Zhan Pong

Doktor Perubatan Am (GP) • Doktor Perubatan (MD), International Medical University (IMU)
DoctorOnCall

Dr. Chong Zhan Pong berkelulusan Doktor Perubatan (MD) dari International Medical University (IMU). Kepakaran klinikal beliau merangkumi perubatan dalaman, kesihatan metabolik, penjagaan pencegahan, dan telekonsultasi pesakit.

Dr. Adeline Carol Peters
Penulis Artikel

Dr. Adeline Carol Peters

Doktor Perubatan Am (GP) • Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) — Manipal Academy of Higher Education (MAHE)

Dr. Adeline Carol Peters ialah doktor berpengalaman dan Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) bertauliah dengan kepakaran luas dalam pengurusan pesakit luar, saringan kesihatan, dan advokasi perubatan pesakit.

Penjagaan Kesihatan Pantas & Sulit

Bercakap dengan doktor bertauliah dalam talian hari ini

Elakkan masa menunggu. Berhubung dengan doktor berdaftar di Malaysia melalui DoctorOnCall dalam masa kurang daripada 5 minit untuk diagnosis, preskripsi ubat, dan bimbingan klinikal.

Terokai Mengikut Topik Kesihatan

Pilih kategori klinikal untuk rawatan berasaskan bukti dan panduan pakar

100% Semakan Doktor Bertauliah

Setiap panduan klinikal disemak oleh pengamal perubatan berlesen

Berasaskan Bukti & Terkini

Selaras dengan garis panduan klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pendidikan Pesakit Telus

Berdedikasi untuk pemerkasaan pesakit dan maklumat kesihatan telus