COVID-19: 15 sudah dibenarkan pulang

Published at : Berita Harian Online
Published on: 19 Feb 2020

Dua lagi individu yang sebelum ini dilaporkan positif COVID-19 dibenarkan pulang hari ini selepas menjalani dua ujian ulangan dan mendapat keputusan negatif.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata dua kes berkenaan ialah seorang wanita tempatan berumur 65 tahun iaitu kontak rapat kepada lelaki tempatan pertama yang disahkan positif sebelum ini.Katanya, seorang lagi yang dibenarkan pulang ialah seorang lelaki warga tempatan berumur 31 tahun yang bekerja di Macau, China.“Sehubungan itu, jumlah kes yang sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ialah sebanyak 15 kes.“Tiada pertambahan kes baharu dilaporkan hari ini (semalam). 

Jumlah kumulatif kes COVID-19 kekal sebanyak 22 dengan tujuh kes masih dirawat di wad,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media harian COVID-19, di kementeriannya di sini hari ini.Dr Dzulkefly berkata, tujuh lagi individu sedang dirawat di beberapa hospital dan masih menunggu keputusan ulangan yang dilakukan sebelum mereka dibenarkan pulang.  

Read full article here: Berita Harian Online

References: