Kerjasama Doctoroncall Dan Shopee Malaysia Untuk Menawarkan Lebih Banyak Pilihan Ujian Covid-19 Kepada Pembeli

Published at : Bernama
Published on: 6 May 2020

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Mei (Bernama-PRNewswire) -- Rakyat Malaysia yang kini telah memasuki fasa PKP yang seterusnya, di samping sedang cuba menyesuaikan diri dengan amalan normal baharu amat memerlukan akses kepada perkhidmatan kesihatan digital. Oleh itu, DoctorOnCall telah bekerjasama dengan Shopee Malaysia untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat penjagaan kesihatan yang berkualiti dengan mudah.

Kini pengguna Shopee boleh mendapatkan ujian real time reverse transcriptase – Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) COVID-19 melalui platform kedai atas talian, DoctorOnCall di Shopee Mall. Mereka juga boleh mendapatkan baucar di Shopee, untuk membeli ubat-ubatan yang akan dihantar kepada mereka dengan selamat, melalui laman DoctorOnCall. Pada masa akan datang, pihak Shopee akan meneroka cara-cara agar baucar ini, turut boleh digunakan untuk membuat temujanji rundingan perubatan secara atas talian.

Read full article here: Bernama