Pesakit Di Sabah Boleh Dapatkan Maklumat, Konsultasi Dan Penghantaran Ubat Secara Percuma

Published at : UMNO Online
Published on: 8 Oct 2020

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Okt – Bagi menangani peningkatan jumlah kes COVID-19 serta kebimbangan berkaitan kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah, DoctorOnCall telah mengemas kini perkhidmatan di platformnya.


Demi pesakit di Sabah, portal telekesihatan khusus COVID-19 DoctorOnCall, kini kembali beroperasi. Inisiatif ini, pertama kali dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Februari 2020 dan merupakan kerjasama pertama seumpamanya dijalankan bersama pihak kerajaan.


Masyarakat di Sabah yang sedang menghadapi peningkatan kes COVID-19 dapat mengakses Portal Khidmat Nasihat Kesihatan Virtual ini secara percuma dari mana sahaja, tujuh hari seminggu melalui www.doctoroncall.com.my/coronavirus.

Read full article here: UMNO Online