Portal Khidmat Nasihat Kesihatan Virtual COVID-19 DoctorOnCall kembali beroperasi

Published at : Bernama
Published on: 8 Oct 2020

KUALA LUMPUR, 8 Okt -- Platform portal telekesihatan digital tempatan, DoctorOnCall telah mengaktifkan Portal Khidmat Nasihat Kesihatan Virtual Covid-19 bagi membolehkan pesakit di Sabah mengakses portal berkenaan untuk mendapatkan maklumat atau membuat pesanan ubat serta berhubung dengan doktor.


Portal Khidmat Nasihat Kesihatan Virtual COVID-19  (www.doctoroncall.com.my/coronavirus) itu  dimulakan oleh Kementerian Kesihatan pada Februari 2020 dan kini kembali beroperasi berikutan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara, terutama di Sabah.


Dalam satu kenyataan hari ini, DoctorOnCall berkata pesakit yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan sebarang gejala, boleh berhubung dengan doktor melalui mesej peribadi, panggilan telefon atau video.

Read full article here: Bernama