Dapatkan RM5 serta merta dengan me-muat turun aplikasi kita. Muat Turun Sekarang

Mata

Pesan Semula

0

Troli

Akaun

Kit Ujian Air liur
Ujian COVID-19
Saringan Kesihatan
Vaksin COVID-19
Kawalan Paras Gula
Kawalan Paras Kolesterol
Kawalan Tekanan Darah
Melegakan Kesakitan
Masalah Kesihatan Lelaki
Perancangan Keluarga
Vitamins A-Z
Carian Terdahulu
Padam Carian Terdahulu
Pembelian Terdahulu
Padam Carian Terdahulu

Tunaikan Haji & Umrah Dengan Tenang & Selamat

Dapatkan vaksinasi yang anda perlukan sebelum berangkat ke tanah suci

DAPATKAN SEKARANG

Maklumat tentang Program Vaksinasi Kami

Ketahui cara menempah pakej dan mendapatkan vaksinasi sebelum ke tanah suci.

Kaabah Image

Keperluan Sebelum Haji & Umrah

Di samping vaksinasi Covid, semua jemaah haji dan umrah yang datang ke Arab Saudi diwajibkan untuk mendapat vaksinasi terhadap penyakit meningokokal yang lazimnya boleh menyebabkan keradangan pada lapisan otak (meningitis) dan jangkitan dalam darah.

Kerajaan Arab Saudi juga amat mengesyorkan vaksinasi pneumokokal bagi melindungi jemaah daripada jangkitan pneumokokal yang boleh menyebabkan penyakit serius seperti radang paru-paru.

Praying Image

Lindungi diri anda

Kedua-dua penyakit ini berpunca daripada bakteria yang boleh merebak dengan mudah dalam kawasan sesak atau kontak rapat dengan orang yang dijangkiti, terutamanya semasa perhimpunan besar-besaran seperti haji dan umrah.

Fakta ringkas

Vaksinasi Meningokokal

  • Perlindungan terhadap bakteria Neisseria Meningitidis
  • WAJIB bagi semua jemaah umrah

Vaksinasi Pneumokokal

  • Perlindungan terhadap bakteria Streptococcus Pneumonia
  • SANGAT DISARANKAN bagi semua jemaah umrah
Reason to get vaccinated image

Mengapa perlu dapatkan vaksinasi meningokokal & pneumokokal?


Vaksinasi meningokokal dan pneumokokal melindungi anda daripada jangkitan Neisseria Meningitidis dan Streptococcus Pneumoniae - dua bakteria yang boleh menyebabkan beberapa penyakit, termasuk yang disebutkan di atas, serta penyakit lain yang boleh membawa maut. Namun, kedua-duanya boleh dicegah dengan vaksinasi.
FAQ image

Dapatkan vaksinasi agar perjalanan anda ke tanah suci lebih selamat, selesa dan produktif, seperti yang anda inginkan

* Terma dan syarat:
  1. Pelan bayaran secara ansuran tersedia untuk 1,000 pembeli pertama :-
    • Kad Kredit CIMB – faedah 0% untuk ansuran selama 3 bulan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
    • Boost PayLater - faedah 0% untuk ansuran bayaran sebanyak 3, 6, 9 dan 12 kali dengan perbelanjaan minimum RM500. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

  2. Ganjaran tunai RM30 akan dikreditkan ke dalam baki akaun ganjaran anda apabila anda mendaftar platform DoctorOnCall untuk pertama kali. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

  3. Baucar tambahan RM10 adalah untuk tempoh terhad sahaja dan anda akan menerimanya melalui e-mel selepas melakukan transaksi yang layak. Baucar boleh digunakan di platform DoctorOnCall dalam tempoh sah untuk barangan terpilih di farmasi dalam talian sahaja.

Soalan Lazim
    Penyakit meningokokal dan pneumokokal adalah dua jenis jangkitan kuman yang boleh menyebabkan penyakit yang serius dan juga kematian.

    Penyakit meningokokal berpunca daripada jangkitan bakteria Neisseria Meningitidis. Jangkitan ini biasanya menjejaskan lapisan otak dan menyebabkan meningitis atau jangkitan saluran darah (septicemia).

    Penyakit pneumokokal pula disebabkan oleh bakteria Streptococcus Pneumoniae. Ia biasanya menyebabkan jangkitan pada paru-paru (pneumonia) tetapi ia juga merupakan salah satu organisma penyebab meningitis.
    Perhimpunan besar-besaran seperti haji dan umrah dihadiri berjuta-juta orang dari pelbagai negara setiap tahun. Apabila lebih ramai orang berkumpul, risiko penularan penyakit juga semakin tinggi.

    Penyakit meningokokal dan pneumokokal sering menjadi kebimbangan semasa haji dan umrah kerana bakteria ini mudah berjangkit melalui udara lebih lebih lagi di kawasan yang sesak, oleh itu adalah penting bagi jemaah haji dan umrah melindungi diri mereka dengan mendapatkan vaksin.
    Setiap orang yang berkunjung ke tanah suci diwajibkan mengambil vaksin meningokokal.

    Vaksinasi pneumokokal, tidak diwajibkan; tetapi pihak Kementerian Kesihatan sangat menyarankan pengambilannya.
    Vaksin pneumokokal dan meningokokal disahkan halal oleh IFANCA (AS). IFANCA (AS) ialah pihak berkuasa pensijilan halal asing yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia.
    1. Untuk membuat tempahan bagi diri sendiri atau bagi pihak jemaah haji atau umrah yang lain, ikuti langkah di bawah

      Langkah 1: Pilih pakej vaksin
      Langkah 2: Pilih agensi pelancongan anda
      Langkah 3: Pilih klinik mengikuti lokasi dan masa temu janji
      Langkah 4: Masukkan maklumat jemaah haji atau umrah
      Langkah 5: Lengkapkan pembayaran (kod promosi akan dikenakan secara automatik bagi mereka yang layak)

      Anda akan menerima pengesahan tempahan melalui e-mel dan WhatsApp.

    2. Agensi pelancongan juga boleh menempah bagi pihak jemaah haji atau umrah. Sila hubungi ejen pelancongan anda untuk bantuan.
    Harga diskaun untuk pakej vaksinasi ini hanyalah eksklusif kepada anda jika anda telah menempah pakej perjalanan haji atau umrah anda dengan agensi pelancongan di bawah Bumitra yang terlibat.

    Adalah penting untuk memilih agensi pelancongan yang betul kerana DoctorOnCall mungkin berkongsi maklumat anda (cth. status vaksinasi dll.) dengan agensi berkaitan untuk memastikan perjalanan anda ke tanah suci adalah lancar.

    Kami mencadangkan agar anda menyemak dokumen (cth. invois, resit dll.) untuk maklumat agensi pelancongan.
    Ya, anda masih boleh menempah janji temu vaksinasi anda dengan kami. Pilih "Others" di bawah "Pilih Agensi Pelancongan Anda" untuk meneruskan tempahan.

    Jika anda tidak pasti sama ada agensi pelancongan yang menguruskan tempahan pakej perjalanan haji atau umrah adalah ahli Bumitra yang terlibat dalam program ini, sila hubungi mereka untuk semakan.
    Vaksinasi bagi haji atau umrah di bawah program ini boleh didapati di klinik-klink di lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sekarang. Sila pilih pakej yang anda inginkan dan teruskan tempahan anda untuk melihat senarai klinik berhampiran anda.

    Kami akan menyediakan perkhidmatan vaksinasi di seluruh negara tidak lama lagi.
    Ya, pilihan bayaran secara ansuran boleh dilakukan dengan Kad Kredit CIMB dan Boost PayLater (dengan had pembelian minima dan terhad kepada 1,000 pelanggan pertama sahaja).
    Bayaran bagi pakej yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan, tetapi janji temu boleh ditangguhkan ke tarikh yang lebih lewat (dalam tempoh 6 bulan dari tarikh janji temu) atau boleh dipindah milik kepada orang lain sekiranya anda tidak dapat meneruskan vaksinasi. Anda perlu menghantar e-mel kepada DoctorOnCall sekurang-kurangnya tiga (3) hari lebih awal daripada tarikh janji temu jika anda ingin menangguhkan atau memindahkan tempahan kepada individu lain.

    Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi +6017-972 2669 atau e-mel [email protected].
Pilih Agensi Pelancongan Anda
Pilih "Others" jika agensi anda tidak terlibat dalam program ini.