Ujian COVID-19
Saringan Kesihatan
Kawalan Paras Gula
Kawalan Paras Kolesterol
Kawalan Tekanan Darah
Melegakan Kesakitan
Masalah Kesihatan Lelaki
Perancangan Keluarga
Vitamin A-Z
Carian Terdahulu
Padam Carian Terdahulu
Pembelian Terdahulu
Padam Carian Terdahulu

Reorder

0
Beazyme 150000u Tablet - DoctorOnCall

Beazyme 150000u Tablet

★ ★ ★ ★ ★ (4.9)
RM 3.20
RM 2.50
Tekan untuk menebus baucar
Cashback Rewards
Dikilangkan oleh
Bahan Aktif
Pembungkusan
10 tabs (strip)
Kuantiti


Sebelum mengambil ubat Beazyme, sila rujuk nasihat doktor terutama sekali jika anda mempunyai mana-mana penyakit atau keadaan berikut.
·    Alahan terhadap betik
·    Alahan kepada ubat Beazyme
·    Alahan terhadap latex
·    Masalah pendarahan
·    Mengambil ubat cair darah
·    Sekiranya akan mengalami pembedahan dalam masa 2 minggu
·    Mengandung
·    Menyusukan anak
·    Mengalami kencing manis atau mengambil ubat kencing manis
 
Sila berhenti mengambil ubat tersebut jika anda mengalami simptom berikut.
 
Tindak balas antara ubat Beazyme:
 
Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya.
●  Ubat cair darah
●  Ubat kencing manis
●  Ubat yang menurunkan tahap gula dalam badan
 
Ini adalah senarai tindak balas antara ubat dan penyakit yang tidak lengkap yang mungkin mengganggu ubat Beazyme.
 
Sebelum anda mengambil ubat ini, sila maklumkan doktor anda tentang semua ubat yang anda ambil.Sila ingati perkara-perkara berikut amaran juga:
 
●  Elak pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari
●  Elak mengguna ubat ini secara berpanjangan
 
Maklumkan doktor anda tentang penyakit lain yang anda mengalami atau mengenai ubat lain yang anda
guna. Jangan berhenti mengambil ubat yang telah ditentukan oleh doktor
 

Amaran Alkohol (Limited information)
makanan dan ubat-ubatan tertentu akan mempunyai interaksi dengan digunakan serentak Beazyme 150000u Tablet tetapi tidak ada data tertentu yang menyatakan demikian. Sila berjumpa dengan doktor sebelum menggunakannya.

Amaran Kehamilaan (D)
Beazyme 150000u Tablet tidak dinyatakan untuk kegunaan semasa mengandung. Kerana kajian haiwan atau kajian manusia tidak menunjukkan kesan buruk kepada janin, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakannya.

Amaran Penyusuan (Limited Data)
perkumuhan Beazyme 150000u Tablet ke dalam susu ibu dan kesannya terhadap menyusukan bayi masih tidak diketahui. Sila berbincang dengan doktor anda sebelum menggunakannya.

Amaran Memandu (Limited information)
kesan sampingan Beazyme 150000u Tablet terhadap keupayaan anda untuk menumpukan perhatian dan memandu tidak diketahui. Jangan memandu kecuali anda sihat.

Amaran Buah Pinggang (Use With Care)
Oleh kerana data yang terhad, Beazyme 150000u Tablet harus digunakan dengan berhati-hati pada pesakit dengan penyakit buah pinggang. pelarasan dos Beazyme 150000u Tablet mungkin diperlukan. Sila berjumpa dengan doktor sebelum menggunakannya.

Amaran Hati (Limited information)
Oleh kerana data yang terhad, Beazyme 150000u Tablet harus digunakan dengan berhati-hati pada pesakit dengan penyakit hati. pelarasan dos Beazyme 150000u Tablet mungkin diperlukan. Sila berjumpa dengan doktor sebelum menggunakannya.

Setiap ubat berpotensi untuk menyebabkan kesan sampingan. Namun, tidak semua akan mengalami kesan sampingan. Ini bukan sesuatu yang membimbangkan malah untuk pengetahuan anda sahaja.

Selain dari fungsi tersebut ubat Beazyme dan kegunaannya, mungkin terdapat kesan sampingan yang dikaitkan dengan ubat ini. Sila lihat senarai di bawah:

1. Alahan
2. Sakit tekak
3. Menyebabkan pendarahan keterlaluan semasa pembedahan
4. Ulser perut
5. Cirit-birit
6. Meningkatkan risiko pendarahan sekiranya mempunyai masalah pendarahan
 
Walaupun beberapa simptom biasa terjadi, terdapat simptom yang lebih jarang berlaku.Jika anda mengalami sebarang simptom (samada disenaraikan di atas atau tidak), sila merujuk kepada doktor dengan segera. Anda juga perlu merujuk nasihat doktor jika mengalami pengaburan penglihatan atau ruam kulit. Senarai di atas mungkin tidak lengkap dan sila maklumkan jika anda mengalami simptom lain. Simptom-simptom ini lebih terserlah jika ubat diguna secara berpanjangan.

1. Saya terlupa untuk mengambil satu dos ubat Beazyme. Apakah yang patut saya buat?
 
Jika anda terlupa mengambil satu dos ubat anda, sila ambil ubat tersebut sebaik sahaja anda teringat. Tetapi jika masa sudah tiba atau berdekatan untuk dos seterusnya, abaikan pengambilan dos yang tidak diambil tersebut. Dalam keadaan sebegini, elak mengambil dos dua kali ganda daripada yang dinasihati.
 
2. Saya terlebih mengambil dos ubat Beazyme dari kuantiti yang dinasihati. Apakah langkah yang perlu saya ambil.
 
Jika anda rasa anda telah mengambil ubat Beazyme lebih dari kuantiti yang dinasihati, sila merujuk nasihat doktor dengan segera. Pengambilan ubat melebihi dos yang dinasihati mungkin membawa kepada kesan sampingan yang tidak diingini.
 
3. Bolehkah ubat Beazyme diambil di samping pengambilan minuman beralkohol?
 
Pengambilan minuman beralkohol tidak digalakkan apabila anda sedang mengambil ubat Beazyme Tindak balas antara ubat ini dan alkohol berkemungkinan menaikkan risiko terjadinya kesan sampingan yang tidak diingini dan mungkin menybebabkan rasa mengantuk berlebihan dan khayal. 
 
4. Adakah ia selamat untuk mengambil ubat Beazyme semasa mengandung?
 
Wanita yang mengandung tidak harus mengambil ubat Beazyme ataupun supplemen papain yang lain kerana boleh mengakibatkan kecacatan bayi. Anda perlu merujuk nasihat pakar wanita untuk maklumat lanjut sebelum mengambil ubat tersebut. Wanita yang hamil perlu meneliti kebaikan dan keburukan ubat tersebut dengan seorang doktor sebelum mengambilnya.
 
5. Adakah ia selamat untuk mengguna ubat Beazyme ketika menyusukan anak?
 
Wanita yang menyusukan anak tidak digalakkan untuk mengambil ubat Beazyme ini kerana mungkin terdapat risiko terhadap bayi. Anda perlu merujuk nasihat pakar wanita untuk maklumat lanjut sebelum mengambil ubat tersebut.
 
6. Bolehkah saya memandu kenderaan ketika mengambil ubat Beazyme?
 
 Anda boleh memandu kenderaan ketika mengambil ubat Beazyme. Ubat ini tidak mengakibatkan kesan seperti mengantuk dan selamat dimakan ketika memandu.
 
7. Adakah penggunaan ubat Beazyme membawa kepada ketagihan?
 
Sila baca maklumat yang tertera di paket ubat dengan teliti untuk maklumat lanjut.
 
8. Saya terambil satu dos ubat tersebut yang telah lepas tarikh luput. Apakah yang perlu saya buat?
 
Mengambil satu dos ubat Beazyme yang telah melepasi tarikh luput mungkin tidak membawa apa-apa kesan yang buruk. Tetapi anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor sebagai langkah berjaga-jaga.
 
9. Bolehkah pengambilan ubat Beazyme membantu dalam melegakan selsema?
 
Tidak. Ubat Beazyme membantu dalam penyakit yang berkaitan dengan sakit dan radang dan jika anda memerlukan ubat untuk mengubati selsema, anda mungkin memerlukan ubat lain.
 
10. Bolehkah saya mengambil ubat Beazyme untuk melegakan sakit gigi?
 
Ubat Beazyme lebih khusus digunakan untuk mengurangkan sebarang sakit atau keradangan. Ia mungkin boleh melegakan sakit gigi sekiranya digunakan bersama dengan ubat tahan sakit yang lain seperti Panadol.
 
12. Bolehkah saya mengambil ubat Beazyme di samping supplemen seperti Zincovit, D-rise 60k?
 
Ubat Beazyme selamat untuk diambil bersama supplemen. Tetapi anda dinasihatkan untuk memaklumkan doktor anda mengenai pengambilan semua ubat dan supplemen sebelum mengguna ubat ini.
 
13. Adakah ubat Beazyme selamat untuk digunakan?
 
Ubat Beazyme selamat digunakan jika dos yang diambil adalah seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda.
 
14. Bolehkah ubat Beazyme dihentikan dengan serta-merta atau perlukah dos ubat tersebut perlu dikurangkan secara beransur-andsur sebelum dihentikan?
 
Ubat Beazyme boleh diberhentikan dengan serta-merta tanpa sebarang kesan sampingan.
 
15. Berapa kali sehari perlu saya ambil ubat Beazyme?
 
Dos dan kekerapan pengambilan ubat Beazyme bergantung kepada penyakit anda. Sila ambil ubat tersebut seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda atau ikut arahan yang dicetak untuk produk tersebut.


Usha CP Sritharam
★ ★ ★ ★ ★ (5)
Quick responses n clearer description given.
nazrin azlan
★ ★ ★ ★ ★ (5)
East fast realiable

Maklumat dikemas kini pada: : Thu Feb 25 2021 04:20:10 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)

Gambar barangan yang ditunjukkan hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak seperti produk yang sebenar

Kandungan laman web ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat sahaja, bagi kegunaan para pengamal perubatan dan bukan bertujuan sebagai rujukan kepada pengguna untuk membuat sebarang pembelian atau menggantikan nasihat seorang pengamal perubatan. Keberkesanan dan kesan sampingan ubat-ubatan mungkin berbeza dari seorang pengguna dengan pengguna yang lain. Kami tidak menyarankan pengguna untuk membuat diagnosis atau rawatan sendiri. Pesakit haruslah sentiasa mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi bertauliah sebelum mengambil atau menggunakan sebarang ubat-ubatan. Isi kandungan laman web ini adalah terhad dan mungkin tidak merangkumi semua aspek tentang ubat-ubatan yang berkenaan. Perkhidmatan kami hanya bertujuan untuk menyokong dinamik antara doktor dan pesakit bukan menggantikannya.

Pemberian ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi adalah tertakluk kepada penelitian kami terhadap preskripsi yang dikeluarkan oleh doktor yang berdaftar di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MPM). Jika perlu, kami akan menyediakan perkhidmatan tele-konsultasi dengan salah seorang doktor panel kami yang berdaftar. Ini bukanlah iklan berkenaan ubat kerana iklan sedemikian memerlukan kebenaran dari Lembaga Iklan Ubat Malaysia.

Beazyme 150000u Tablet boleh didapati di banyak tempat di Malaysia. Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Titiwangsa, Setiawangsa, Wangsa Maju, Kepong, Segambut, Bandar Tun Razak, Cheras, Subang Jaya, Petaling Jaya, Mont Kiara, Puchong, Bandar Sunway, TTDI, Seri Kembangan, Klang, Bukit Tinggi, Damansara, Sentul, Penang, George Town, Jelutong, Gelugor, Bayan Baru, Bandar Baru Air Itam, Sungai Ara, Bukit Mertajam, Butterworth, Perai, Johor Bahru, Skudai, Bukit Indah, Gelang Patah, Senai, Pasir Gudang, Taman Daya, Taman Molek, Taman Perling, Tebrau, Danga Bay, Larkin, Nusajaya, Pontian, Masai, Setia Tropika, Desaru, Tampoi.


Beazyme 150000u Tablet boleh didapati di banyak tempat di Singapura. Ang Mo Kio, Alexandra, Admiralty, Bedok, Bishan, Bukit Batok, Bukit Merah, Bukit Panjang, Bukit Timah, Boat Quay, Buona Vista, Beach Road, Bugis, Balestier, Boon Lay, Central Area, Choa Chu Kang, Clementi, Chinatown, Commonwealt, City Hall, Clarke Quay, Changi Airport, Changi Village, Clementi Park, Dairy Farm, Eunos, East Coast, Farrer Park, Geylang, Hougang, Harbourfront, Holland, Jurong, Jurong East, Jurong West, Kallang/ Whampoa, Lim Chu Kang, Marine Parade, Marina, Macpherson, Mandai, Newton, Novena, Orchard, Pasir Ris, Punggol, Potong Pasir, Paya Lebar, Queenstown, Raffles Place, Rochor, River Valley, Sembawang, Sengkang, Serangoon, Serangoon Rd, Seletar, Tampines, Toa Payoh, Tanjong Pagar, Telok Blangah, Tanglin, Thomson, Tuas, Tengah, Upper East Coast, Upper Bukit Timah, Upper Thomson, Woodlands, West Coast, Yishun, Yio Chu Kang.

Kurang pasti dengan ubat anda?
Minta bantuan daripada doktor bertauliah
Bercakap dengan Doktor
Perlu Bantuan?