Mata

Pesan Semula

0

Troli

Akaun

Kit Ujian Air liur
Ujian COVID-19
Saringan Kesihatan
Vaksin COVID-19
Kawalan Paras Gula
Kawalan Paras Kolesterol
Kawalan Tekanan Darah
Melegakan Kesakitan
Masalah Kesihatan Lelaki
Perancangan Keluarga
Vitamins A-Z
Carian Terdahulu
Padam Carian Terdahulu
Pembelian Terdahulu
Padam Carian Terdahulu

VAKSINASI BOOSTER UNTUK DEWASA

Tidak perlu beratur!
  • Bagi dewasa 18 tahun ke atas
  • Perlu untuk mengekalkan status 'vaksinasi lengkap' di dalam MySejahtera*
  • Imuniti berterusan dan berpanjangan terhadap COVID-19

VAKSINASI UNTUK KANAK-KANAK

Lindungi Si Kecil anda
  • Dua dos vaksinasi
  • Bagi kanak-kanak 5 tahun ke atas
  • Penting untuk imuniti terhadap COVID-19
Mendapat vaksinasi, tidak bermakna hidup anda kembali normal. Jaga kebersihan tangan, pakai pelitup muka di tempat awam dan elakkan berada di tempat yang sesak. Ingat, masih ramai lagi yang berisiko untuk dijangkiti di luar sana kerana masih belum atau tidak boleh divaksin. Ingat. Kita tidak selamat selagi masih ada yang belum selamat.

Mengapa DoctorOnCall?

Pegawai khidmat pelanggan kami akan memastikan proses tempahan yang lancar dengan membantu anda sepanjang proses membuat janji temu
Kami akan memastikan masa menunggu yang minimum & membimbing anda agar proses vaksinasi anda berjalan lancar
Tempah janji temu vaksinasi anda bila-bila masa, di mana jua anda berada
Siapakah yang layak mendapat vaksinasi?
Individu berusia 5 tahun ke atas bermula 1 Januari 2021


Apa yang perlu dibawa semasa vaksinasi?
Sila bawa dokumen pengenalan diri (IC atau passport) untuk pendaftaran

Bagaimana Vaksinasi Melindungi Anda?

Vaksin mengandungi patogen sama ada yang telah mati, lemah ataupun sebahagian daripada patogen tersebut
Dengan mendapatkan vaksinasi, sistem pertahanan tubuh anda akan mengenali patogen sebagai musuh dan mula menghasilkan antibodi untuk memeranginya
Tahniah! Tubuh anda telah membina imuniti. Sekiranya anda dijangkiti pada masa akan datang, tubuh anda akan segera mengenali virus ini dan melawannya.

4 PERKARA YANG ANDA PERLU INGAT DALAM MENGHARUNGI PANDEMIK

1. Sentiasa mengamalkan "penjagaan diri ketika wabak"
2. Duduk di rumah lebih selamat

Mengunjungi saudara-mara & rakan taulan, menghadiri perhimpunan besar dan mengunjungi tempat-tempat yang sesak dianggap sebagai tingkah laku berisiko tinggi ketika ini. Kegiatan ini dapat menyebabkan penularan virus berlaku dengan lebih cepat dan pada skala yang lebih besar. Oleh itu, masyarakat disarankan untuk duduk di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting sahaja.
3. Buat ujian saringan segera jika disyaki

Memandangkan jumlah kes positif masih tinggi, sesiapa sahaja boleh menjadi pembawa virus. Sekiranya anda mempunyai simptom atau merupakan kontak rapat individu positif COVID, asingkan diri anda dan dapatkan ujian saringan dengan kadar segera. Jadilah seorang yang bertanggungjawab atas keselamatan masyarakat di sekeliling anda.
Tempah Ujian COVID-19 RT-PCR
4. Kekal positif; kita hadapinya bersama

Pandemik adalah suatu cabaran yang sangat besar bagi kita semua. Terpaksa duduk di rumah, bekerja dari rumah, belajar dari rumah dan ia juga telah menjejaskan sumber pendapatan sebahagian besar masyarakat kita. Oleh itu, kita hendaklah memainkan peranan masing-masing demi melawan wabak ini. Pakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal, jaga kebersihan tangan dan asingkan diri jika anda dijangkiti atau adalah kontak rapat pesakit COVID-19. Semoga kita dapat memenangi peperangan dengan wabak ini dengan segera dan dapat kembali bersama mereka yang tersayang.

Soalan Lazim

2 Dos Vaksinasi Dewasa Di Klinik