Diovan 80mg Tablet

Rx
(0 Ulasan)
  • Penghantaran Pantas
  • Mesra Muslim
  • Diluluskan oleh FDA
  • Pembayaran Selamat
Jimat: RM23.10   25% DISKAUN
🎟️ Baucar Tersedia
MERDEKA18
RM18 OFF
Min Spend RM500.00
Valid till: 1 Sep 2026
MERDEKA12
RM12 OFF
Min Spend RM350.00
Valid till: 1 Sep 2026
MERDEKA6
RM6 OFF
Min Spend RM200.00
Valid till: 1 Sep 2026
THREE10
RM10 OFF
Min Spend RM50.00
Valid till: 30 Dis 2026
2NDBUY10
RM10 OFF
Min Spend RM50.00
Valid till: 30 Dis 2026
DOCAPP10
RM10 OFF
Min Spend RM50.00
Valid till: 30 Dis 2026

Click a voucher to copy the code. Automatically applied at checkout if conditions are met.

Preskripsi Diperlukan

Selesaikan pembayaran untuk kelulusan preskripsi anda. Doktor akan menghubungi anda dalam masa 30 minit selepas pembayaran.

Ringkasan

Diovan 80mg Tablet adalah ubat dalam kumpulan penyekat reseptor angiotensin II dan mengandungi bahan aktif valsartan. Ia digunakan untuk merawat beberapa keadaan kesihatan, terutamanya tekanan darah tinggi. Seperti ubat lain, ia mungkin menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti pening, sakit kepala, keletihan atau ketidakselesaan perut. Biasanya diambil sekali sehari dan mesti diambil mengikut arahan doktor. Jangan ambil sesuka hati – ikut dos yang ditetapkan. Sentiasa rujuk doktor sebelum mula sebarang ubat baru.

Cara Penggunaan

Ambil Diovan 80mg Tablet seperti yang diarahkan oleh doktor – biasanya sekali sehari dengan segelas air, sebaiknya pada waktu yang sama setiap hari.

Dos

Dos biasa bagi orang dewasa ialah antara 80mg hingga 320mg sehari, bergantung kepada keadaan kesihatan dan nasihat doktor.

Jangka Hayat

Kebiasaannya, Diovan 80mg Tablet mempunyai jangka hayat antara 2 hingga 3 tahun dari tarikh pengeluaran. Sentiasa semak tarikh luput pada kotak.

Arahan Penyimpanan

Simpan pada suhu bilik bawah 30°C, jauh daripada kelembapan, cahaya matahari, dan luar daripada jangkauan kanak-kanak.

Kesan Sampingan

  • Pening atau rasa ringan kepala
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Simptom seperti selesema
  • Cirit birit
  • Sakit belakang
  • Tekanan darah rendah
  • Tahap kalium tinggi dalam darah

Kontraindikasi

Jangan ambil Diovan 80mg jika anda alah kepada valsartan atau mana-mana bahan dalam ubat ini. Tidak sesuai untuk wanita hamil atau menyusu, serta individu dengan penyakit hati yang teruk atau masalah buah pinggang tertentu. Sila rujuk doktor sebelum mengambil.

Interaksi Ubat / Makanan

Elakkan mengambil ubat ini bersama suplemen kalium atau makanan tinggi kalium melainkan diarahkan oleh doktor, kerana ia boleh meningkatkan tahap kalium dalam badan. Pengambilan bersama ubat darah tinggi lain, NSAID atau lithium juga boleh meningkatkan risiko kesan sampingan – pastikan doktor tahu semua ubat yang anda ambil.

Tip Pantas

  • Ambil ubat pada waktu yang sama setiap hari.
  • Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor.
  • Elakkan alkohol semasa mengambil ubat ini kerana ia boleh menurunkan tekanan darah lebih lagi.
  • Minum air secukupnya, terutama jika cuaca panas atau anda aktif.
  • Beritahu doktor atau ahli farmasi semua ubat lain yang anda ambil.

Soalan Lazim

Di mana boleh beli Diovan 80mg Tablet original di Malaysia?

Anda boleh membelinya secara online melalui platform farmasi berdaftar kami dengan penghantaran ke seluruh Malaysia.

Adakah Diovan 80mg boleh dihantar ke Singapura?

Ya, kami menawarkan penghantaran yang selamat dan dipercayai dari Malaysia ke Singapura. Semak polisi penghantaran kami untuk maklumat lanjut.

Macam mana nak tahu ubat yang diterima itu asli?

Semua ubat kami diperoleh daripada pengedar farmaseutikal yang sah dan berlesen, jadi anda akan menerima produk original dengan pembungkusan dan maklumat tarikh luput yang lengkap.

Perlu preskripsi ke untuk beli Diovan 80mg di Malaysia?

Ya, Diovan adalah ubat preskripsi. Anda perlukan preskripsi sah untuk membuat pesanan. Kami juga sediakan perkhidmatan telekonsultasi jika diperlukan.

Ada diskaun atau pembelian pukal untuk Diovan 80mg?

Ya, kami kerap tawarkan promosi dan diskaun untuk pembelian Diovan dalam jumlah tertentu. Sentiasa semak halaman promosi kami!

Berapa lama penghantaran dalam Malaysia?

Penghantaran biasanya mengambil masa 1–3 hari bekerja di Malaysia. Untuk penghantaran ke Singapura, jangka masa adalah 3–5 hari bekerja bergantung kepada proses kastam.

Kandungan / Bahan Aktif

Safety Advice

Pregnancy

No Data

There is no adequate data on use during pregnancy. Consult a doctor before use.

Breastfeeding

Limited Data

Limited data on excretion in breast milk. Consult a doctor before use.

Kidney

No Data

No adequate data available. Consult a doctor before use.

Liver

Not Advisable

Not recommended in patients with liver disease.

Alcohol

Not Advisable

It is not advisable to consume alcohol while taking this medicine.

Driving

Not Advisable

It is not advisable to drive if you experience side effects from this medicine.

Semakan Perubatan

Ditulis oleh:

Dr. Chong Zhan Pong

Doktor Perubatan (MD), International Medical University (IMU)

Disemak oleh:

Dr. Mohd Izzat Amir Bin Awang

Doktor Perubatan (MD), Universiti Mansoura - Manchester

Confirm Action
×

Are you sure?