Evra 6mg/600mcg Transdermal Patch

(0 Ulasan)
  • Penghantaran Pantas
  • Mesra Muslim
  • Diluluskan oleh FDA
  • Pembayaran Selamat
Jimat: RM24.62   21% DISKAUN
🎟️ Baucar Tersedia
THREE10
RM10 OFF
Min Spend RM50.00
2NDBUY10
RM10 OFF
Min Spend RM50.00
DOCAPP10
RM10 OFF
Min Spend RM50.00
EIGHT12
RM12 OFF
Min Spend RM350.00
EIGHT8
RM8 OFF
Min Spend RM280.00
EIGHT4
RM4 OFF
Min Spend RM150.00

Click a voucher to copy the code. Automatically applied at checkout if conditions are met.

Ringkasan

Evra 6mg/600mcg Transdermal Patch ialah kontraseptif hormon yang mengandungi dua hormon aktif: norelgestromin dan etinilestradiol. Patch mudah digunakan ini dilekatkan terus pada kulit dan melepaskan hormon ke dalam badan secara perlahan-lahan sepanjang masa. Kesan sampingan biasa termasuk iritasi kulit di tempat tampalan, sakit kepala, payudara sensitif, perubahan emosi, atau loya. Jika anda mencari kaedah kontraseptif yang praktikal tanpa perlu ingat pil setiap hari, Evra boleh menjadi pilihan sesuai — discreet, mudah dibawa ketika travel, dan hanya perlu ditukar seminggu sekali.

Cara Penggunaan

Lekatkan 1 patch pada kulit yang bersih, kering, dan bebas bulu di bahagian punggung, abdomen, lengan atas luar, atau bahagian atas torso. Biarkan patch tersebut selama 7 hari, kemudian gantikan dengan patch baru.

Dos

1 patch setiap minggu selama 3 minggu berturut-turut, diikuti 7 hari tanpa patch setiap bulan.

Jangka Hayat

Jangka hayat Evra sekitar 2 tahun dari tarikh pengeluaran. Sentiasa semak tarikh luput pada bungkusan sebelum digunakan.

Arahan Penyimpanan

Simpan di tempat sejuk dan kering, bawah 25°C. Kekalkan dalam pek asal sehingga digunakan. Jauhkan daripada kelembapan dan cahaya matahari langsung.

Kesan Sampingan

  • – Iritasi atau kemerahan pada kulit
  • – Payudara sensitif atau sakit
  • – Sakit kepala atau migrain
  • – Loya
  • – Perubahan emosi atau mudah marah
  • – Lelehan dari faraj
  • – Pendarahan tidak teratur atau bertompok

Kontraindikasi

Jangan gunakan Evra jika anda mempunyai, sejarah darah beku, strok, serangan jantung, penyakit hati, kanser payudara atau rahim, pendarahan faraj yang tidak dapat dijelaskan, kehamilan dan wanita berusia lebih 35 tahun yang merokok.

Interaksi Ubat / Makanan

Beberapa ubat boleh mengurangkan keberkesanan Evra, termasuk, antibiotik (cth: rifampicin), ubat sawan (anticonvulsant), ubat HIV / Hepatitis C dan Herba St. John’s Wort. Tiada interaksi dengan makanan, tetapi pastikan anda berbincang dengan doktor atau ahli farmasi jika mengambil ubat lain secara berkala.

Tip Pantas

  • Pastikan kulit bersih & kering sebelum lekat patch.
  • Jangan lekat pada kulit yang luka atau iritasi.
  • Tukar lokasi tampalan setiap minggu untuk elak iritasi.
  • Gunakan reminder atau catatan kalendar supaya tidak terlupa tukar patch.
  • Jika patch tercabut, ikuti arahan dalam risalah ubat sama ada perlu reapply atau ganti baru.
  • Jangan potong atau ubah suai patch.

Soalan Lazim

Evra

Patch di Malaysia?

Evra

?

Evra

ke Singapura?

Evra

dipulangkan selepas dibeli?

Semakan Perubatan

Ditulis oleh:

Dr. Chong Zhan Pong

Doctor of Medicine (MD), International Medical University (IMU)

Disemak oleh:

Dr. Mohd Izzat Amir Bin Awang

Doctor of Medicine (MD), University of Mansoura - Manchester

Confirm Action
×

Are you sure?