Sulit
3 tahun
Diabetes selepas jangkitan covid
Ibu saya berumur 54 tahun. Dijangkiti covid pada April 2021 stage 4, tetapi sudah bebas jangkitan. Walaubagaimanapun, tahap kesihatannya merosot. Badan menjadi lemah dan bacaan gula dalam darah tinggi antara 10 ke atas. Apakah yang patut dilakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah ibu anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Seseorang dikatakan menghidap diabetes apabila paras gula dalam darahnya melebihi 7.0 mmol/L (berpuasa) atau 11.1 mmol/L (tidak berpuasa). Namun, kebanyakan gejala diabetes hanya berlaku apabila gula darah melebihi 15 mmol/L. Jangan tunggu sehingga anda mendapat gejala diabetes untuk mengetahui kehadiran diabetes. Satu-satunya cara yang tepat untuk mengetahuinya adalah dengan menjalani ujian darah. Pemeriksaan ujian saringan ini boleh dibuat di mana-mana klinik kesihatan di Malaysia sekurang-kurangnya sekali setahun.
Pencegahan amat penting dan anda disarankan untuk mendapatkan rawatan intensif jika ingin mengelakkan berlakunya komplikasi kepada ibu anda. Bagi mereka yang mempunyai faktor risiko diabetes, anda digalakkan agar menjalani pemeriksaan saringan bagi paras gula dalam darah sekurang-kurangnya sekali setahun. Jika perkara ini tidak diberi perhatian dari awal, gangguan pada saluran darah boleh terjadi seperti gangguan pada saluran darah di otak, mata, jantung, ginjal, serta bahagian kaki. Selain itu penghidap diabetes juga sangat mudah mendapat jangkitan kuman pada paru-paru, gigi, serta gusi dan pada saluran kencing.
Mencegah lebih baik daripada mengubati, dengan mengenali tanda-tanda dan gejala diabetes melitus atau kencing manis individu akan lebih berwaspada dan mengambil tindakan dengan menjalani cara hidup sihat. Langkah ini boleh menghindarkan individu daripada mendapat diabetes dan komplikasi yang boleh membawa maut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.