Sulit
3 tahun
Bacaan normal gula dalam darah
sy berumur 35 tahun…bacaan gula sy tidak menentu… jika berpuasa selama 8 jam, bacaan gula saya 6.5…selepas makan 2 jam, bacaanya iala 6.5…adakah sy pengidap diabetes jenis 2?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, berdasarkan bacaan gula yang anda terangkan, bacaan tersebut adalah normal. Bacaan gula normal terbahagi kepada dua iaitu bacaan ketika berpuasa dan tidak berpuasa. Bagi gula ketika berpuasa bacaan normal adalah di bawah 7mmol/L, dan bacaan selepas 2 jam makan dikira normal di bawah 11 mmol/L. Bacaan di antara 7-11 mmol/L adalah dikira pradiabetes.
Bacaan gula dalam darah boleh berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti jenis makanan yang diambil, aktiviti yang dilakukan serta tahap metabolisma seseorang.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Untuk membuat kesimpulan tentang punca, risiko dan rawatan kencing manis, sila rujuk kepada doktor secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih