Sulit
3 tahun
Diabetes type 1 sudah disuntik vaksin pfizer
Saya ada diabetes type 1 sehari 4x suntik…sebelom ni saya kurang ada gejala demam batuk selesema bagai…tapi sejak ambil vaksin dos kedua ni batuk saya berpanjangan sudah hampir 3 minggu…sebelom ni saya kerap hipo tapi sekarang kurang sedikit…makan lebih sikit high makan kurang sikit low…kadang buat kerja lebih low sebab tu ambil sugar terlebih…pertama…adakah gula lebih menjadi racun dalam darah? Kedua…kenapaa batuk saya berpanjangan adakah disebabkan vaksin pfizer?? Harap doctor bole memberi penjelasan yg jelas…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami kencing manis dan mempunyai gejala batuk berpanjangan. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Secara amnya, batuk bukanlah antara kesan sampingan vaksin yang biasa dan kesan sampingan vaksin hanyalah sementara sahaja. Untuk pengetahuan anda, batuk berpanjangan boleh menandakan penyakit seperti:
- Iritasi tekak
- Keradangan tonsil
Namun ia juga boleh menandakan perkara yang lebih serius seperti:
- Asid refluks (GERD)
- Jangkitan saluran udara
- Penyakit tibi
Bagi pengambilan gula, jika mengambil terlalu banyak bagi pesakit kencing manis, ia boleh menyebabkan simptom lebih teruk kerana tubuh badan sukar untuk mengawal kadar gula dalam darah yang tinggi.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.