Sulit
3 tahun
Diabetes dan insulin
Saya wanita berumur 33 tahun.Baru-baru ini saya dimasukkan ke dalam wad kerana carbuncle di belakang saya.Saya juga baru mengetahui yang saya menghidap diabetes type 2.Doktor telah membekalkan saya insulin dan ubat kolesterol iaitu simvastatin.Saya sering pening dan penglihatan saya blurry sejak mengambil insulin.Berat badan juga ada sedikit kenaikan.Adakah perkara tersebut normal untuk orang yang sedang menyesuaikan diri dengan penggunaan insulin?Terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan kesan sampingan insulin.
Kesan sampingan insulin:
- Bengkak lengan dan kaki anda
- Berat badan meningkat
- Berpeluh
- Pening
- Rasa lapar
- Degupan jantung yang cepat
- Masalah untuk menumpukan perhatian
- Penglihatan kabur
- Perubahan mood
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut atau gejala ini berlarutan. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.