Sulit
2 tahun
Kencing manis tahap 2.kebelakangan ni tahap gula tak boleh turun hingga 6
Saya menghidap kencing manis 3 tahun lepas…
Skg ini bacaan saya setelah mkn ubat kkm
Max < 8
Avarge bacaan <7
Cuma saya nak dapatkan bacaan 5-6 agak sukar
Pernah dapat tapi tak kekal
Disini saya nak bertanya tentang supliment insulfux. Mengikut artical pakar berkenaan dgn suplememt ni dan testimoni boleh mengurangkan tahap gula dan kekal bacaan 5 tanpa mkn ubat kkm setelah 6 bln dgn tiada kesan sampingan.
Kalau benar saya berhajat nak mencuba…
Minta tlg advise
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah kencing manis anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,penggunaan produk Insulux untuk mengurangkan paras gula dalam darah tidak digalakkan.Anda sewajarnya mendapatkan nasihat mengenai perkara ini melalui doktor yang merawat anda.Saya risau tentang penggunaan produk dalam pasaran tersebut kerana penggunaannya secara berlebihan boleh memberi kesan sampingan yang lain kepada anda.
Melalui penerangan anda,saya memahami bahawa anda mahu mengawal kadar gula dalam darah.Untuk pengetahuan anda,terdapat beberapa makanan yang anda boleh makan sebagai penghidap kencing manis,seperti:
- Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, kobis dan celery
- Makanan bijiran penuh
- Ikan seperti salmon, mackerel, tuna dan sardin
- Kekacang
- Buah-buahan sitrus seperti buah oren
- Ubi keledek
Makanan yang anda perlu elakkan adalah makanan mempunyai indeks glisemik yang tinggi seperti:
- Nasi putih
- Pasta
- Roti
- Kentang
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.