Sulit
3 tahun
Tapak dialisis di tangan
Ibu saya berumur 49tahun. Dan terdapat penyakit kronik kencing manis darah tinggi. Sehingga menyebabkn buah pinggangnya rosak tahap 4. Doktor nasihatkan buat tapak dialisis di tangan dahulu untuk standby. Dh setahun tapak tidak digunakan disebabkn sy menjaga kawalan pemakanan dan minuman serta ubat yg diberikan doktor. Check up dibuat dgn doktor pakar dan doktor pakar kata ibu saya masih tidak memerlukan dialisis lagi buat masa ini. Baru2 ni tangan ditempat tapak dialisis tu sakit. Sy cek tangannya tidak bengkak tapi bersebelahan tapak dialisisnya tu ada 1 urat macam menaik. Bila disentuh urat tu ibu sy cakap sakit. Apa masalah dia ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pembesaran urat pada tapak dialisis adalah kejadian umum, biasanya tidak bergejala. Oleh itu, sakit urat ibu anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya keradangan urat, kecederaan lapisan urat, jangkitan dan lain.
Sebaiknya anda merujuk masalah ibu anda kepada doktor dengan lanjut untuk menjalani sebarang periksaan serta penyelidikkan untuk mengenai punca penyebabnya. Rancangan rawatan yang sesuai baru boleh dibincangkan.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.