kelasumar21
2 tahun
Ingin membuka luka jahitan
Saya berumur 17 tahun. Saya dapat cuti 2 minggu kerana jatuh luka yang agak besar. Doktor kata saya perlu buka jahitan harini (23/5) tetapi di pahang ada cuti umum menyebabkan poliklinik yang terdekat tutup. Harini juga saya perlu pulang ke asrama. Jadi soalan saya apakah yang perlu saya lakukan. Adakah saya boleh membuka jahitan lewat dari masa yang disarankan oleh doktor
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ia adalah penting untuk menanggalkan jahitan atau kokot dalam jangka masa yang disyorkan daripada doktor. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan komplikasi. Apabila jahitan dibiarkan terlalu lama, ia boleh mengakibatkan kesan pada kulit dan dalam beberapa kes, mengakibatkan parut. Menangguhkan penanggalan jahitan juga boleh menjadikannya lebih mencabar untuk menanggalkan jahitan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.