Sulit
3 tahun
Hilangkan parut kudis eczema
Hi doktor. Saya nak tahu rawatan apa yg sesuai untuk menghilangkan parut eczema yang meninggalkan kudis berwarna gelap di betis saya. Adakah cara untuk memudarkannya? Jika parut biasa ia senang pudar tetapi jika ianya parut kudis yg timbul ia sangat susah untuk dipudarkan. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, parut kudis biasanya sukar dipudarkan dengan petua biasa, sebab sel-sel tisu dalaman dan sekitarnya juga terjejas. Anda boleh jumpa doktor pakar kulit, dapatkan penjelasan serta rancangan rawatan terbaik untuk mengatasi masalah anda. Mungkinnya boleh guna ubat sapuan atau rawatan laser untuk mamudarkan parut kudis anda.
Oleh itu, kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor pakar kulit dengan lebih lanjut untuk dapatkan penjelasan serta rancangan rawatan yang sesuai.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Kulit.