Sulit
2 tahun
Kegatalan badan tanpa ruam
Salam sejahtera doktor.
Soalan saya adakah kegatalan pada bahagian badan dan kaki
Mengalami selsema dan batuk yang sedikit
Tetapi tidak demam
Adakah ini adalah sintom dijangkiti hiv
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami boleh disebab oleh beberapa perkara. Contohnya:
- Jangkitan kulit (kuman, virus, kulat atau parasit)
- Ekzema atau penyakit alahan kulit lain
- Keradangan kulit (dermatitis)
- Gigitan serangga
- Penyakit tisu penghubung
Untuk mengetahui punca penyebab masalah anda, anda perlulah merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani sebarang pemeriksaan serta penyelidikan berkaitan, supaya penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda.