Sulit
2 tahun
Bintik hitam di wajah
Hi doc, saya remaja berumur 16tahun ingin bertanya, di wajah saya dok dekat pipi sebelah kiri ada bintik hitam dok, sebelum ini saya tidak ada bintik hitam, bintik hitam di pipi saya dok ada dua dan saya melihat seperti ada bertambah bintik hitam lagi tapi ia belum terlalu kelihatan. Bolehkah doktor beritahu penyebabnya dan caranya dok agar bintik hitam saya tidak bertambah dan adakah cara untuk menghilangkannya, terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, bintik hitam mungkin adalah antara masalah yang sering dialami oleh golongan remaja dan dewasa. Terdapat beberapa punca lazim yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah kulit yang disebutkan:
- Kulit sensitif
- Kulit berminyak
- Folikel rambut atau bulu yang besar
- Ketidakseimbangan hormon
Walau bagaimanapun, tanpa maklumat yang mencukupi dan pemeriksaan yang betul, saya tidak akan dapat memberikan anda kesimpulan yang tepat.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat, pemeriksaan serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.