Sulit
3 tahun
Ekzema flare & jerawat bertambah pada dagu
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dr, saya tanya kenapa saya punya jerawat pada dagu dan ekzema flare selepas bengkak pada kelenjar limfa pada leher sebelah kanan surut. Saya perasan start jadi macam tu lepas saya stop makan antibiotik utk surutkan kelenjar limfa. Padahal saya dah try sapu krim antibiotik dan benzac 5% pada jerawat.
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah jerawat pada dagu dan ekzema flare selepas menggunakan antibiotik untuk merawat bengkak pada kelenjar limfa leher. Saya akan memberikan maklumat yang diperlukan dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, keadaan diatas boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya adalah:
- Alahan kepada antibiotik
- Stress
- Ketidakstabilan hormon
- Bakteria pada kulit
- Kesan sampingan daripada ubat
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor mengenainya agar keadaan ini dapat ditangan dengan baik.
Saya berharap maklumat diatas cukup untuk membantu anda, sekiranya anda memerlukan keterangan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.