Sulit
3 tahun
Kegatalan pada parut
Hi doktor. Pada 17/9/2021 saya terkena air panas dekat kedua belah paha dan doktor mengesahkan ianya 2nd degree burn. Sekarang melecur tersebut sudah baik namun tidak sepenuhnya. Tetapi sejak beberapa minggu lepas, di bahagian parut tersebut, saya rasa gatal sangat-sangat. Kadang-kadang sampai tidak boleh tidur. Bila saya tengok, terdapat bintik-bintik kecil dan kawasan parut tersebut kemerahan. Ada ketika, terdapat bengkak seperti nyamuk gigit di sesetengah bahagian parut.Apa punca terjadinya kegatalan di parut tersebut? Apa yang saya perlu buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kegelisahan anda mengenai kegatalan pada parut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kadang kadang kegatalan pada parut adalah perkara normal yang berlaku. Anda dinasihatkan supaya tidak menggaru kawasan kurap walaupun ia gatal. Kesan parut biasanya akan mengambil masa selama beberapa bulan untuk hilang sepenuhnya. Kami memahami kesan parut boleh mengurangkan keyakinan pada penampilan diri.
Oleh itu, sebaiknya anda merujuk kepada doktor pakar kulit supaya rawatan yang bersesuaian dapat diberikan untuk anda. Anda boleh bercakap dengan doktor kami melalui konsulasi atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!