aliyamuhammad96
3 tahun
Mulut sentiasa bergerak telan air liur
Saya hanya ingin bertanya tentang habit ayah saya (seorang perokok tegar) yg selalu mengecap mulut dia seperti menelan air liur… Sekarang dia terlalu kerap sgt dan sgt merisaukan. Adakah masalah ini boleh dirawat atau ada saranan drpd doktor supaya boleh rawat habit ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, kami kurang jelas dengan apakah yang dimaksudkan oleh anda berkenaan ‘mulut bergerak’ atau ‘mengecap’ yang dikatakan oleh anda. Kami sarankan anda untuk membawanya berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut terhadap keadaan dan kesihatan ayah anda boleh dilakukan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.