Sulit
3 tahun
Rahang sakit ketika membuka mulut dan ketika mengunyah. Rasa sakit daripada rahang telah bertambah dan mengakibatkan sakit telinga dan sakit kepala
Saya lelaki dalam 20an dan saya mengalami rasa sakit di bahagian rahang terutama ketika mengunyah dan semasa membuka mulut secara besar. Hal ini berterusan selama 2 minggu dan juga membawa masalah lain seperti sakit telinga dan sakit kepala.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah sendi Temperomandibular (Temperomandibular joint disorder)
- trauma
- arthritis
- ketegangan otot
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.