Sulit
3 tahun
Sekitar bibir kering
Hai doktor, Saya wanita berumur 20an. Mempunyai masalah kulit kering yang gatal dan sakit disekitar bibir. Saya mengalami permasalahan ini sudah lebih 2minggu. Saya telah cuba pelbagai ubat di farmasi, tetapi tiada perubahan. Malahan makin teruk. Sehinggakan kulit disekitar bibir saya berubah warna menjadi keputih putihan dan ini mengurangkan keyakinan saya untuk bercakap dengan orang.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda menglami masalah bibir kering dan keputihan selama 2 minggu. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kulit kering serta keputihan boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Dehidrasi
- Jangkitan kulat
- Reaksi alahan
- Penyakit kelamin (STD)
- Kanser
Berikut merupakan senarai diagnosis umum mengenai simptom yang anda alami. Walaupun begitu, nasihat rawatan serta diagnosis tepat tidak dapat diberikan kerana tiada perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal yang dilakukan. Jika perkara ini tidak elok dalam masa seminggu, kami sarankan agar ia dirujuk kepada doktor.
Anda boleh rujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.