Sulit
3 tahun
Sakit di dalam mulut
Saya wanita 20tahun, saya mengalami kesakitan dalam mulut pada bahagian belakang, iaitu otot antara gigi atas dan bawah. Adakah ia disebabkan pertumbuhan gigi bongsu? Atau disebabkan oleh faktor yang lain. Mohon pencerahan dan terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah sakit didalam mulut pada bahagian belakang iaitu antara otot gigi atas dan bawah. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- kecederaan ataupun luka
- Ketegangan otot
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah sendi Temperomandibular (Temperomandibular joint disorder)
- arthritis
- Jangkitan pada akar gusi
- Jangkitan pada bahagian gusi ( gingivitis )
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih