Sulit
3 tahun
Mulut rasa kesat..macam nak kering
Hai doc…saya berumur 35 tahun…dalam 2,3 hari ni saya rasa mulut terasa kesat dan macam nak kering tapi air liur tak pekat.dan kadangkala kering dihidung…saya jadi macam ni bila saya rasa risau…adakah ni ada kena mengena dengan stres,resah,takut,
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah mulut yang terasa kesat dan seperti kering ketika berada dalam keadaan risu. Kami faham akan kebimbangan anda sekiranya menghidapi masalah kesihatan.
`Untuk makluman anda, keadaan mulut yang kering berkait rapat dengan situasi dibawah:
- Stress
- GERD
- Penggunaan ubat-ubatan
- Penyakit dalam sistem penghadaman
- Dehidrasi
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan bantuan dan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.