Sulit
2 tahun
Pergelangan tangan kanan sakit sudah sebulan
Assalamu’alaikum , hai Doktor saya nak tanya , apakah penyakit yang saya alami ni , sudah sebulan saya sakit di pergelangan tangan , apabila saya nak makan pun susah , orang langgar sikit atau saya terlanggar apa apa pun sakit,nak buat kerja pun susah,sebab ia melibatkan tangan kanan,sebelum ni saya tidak pernah patah tangan atau apa apa masalah , baru baru ni sahaja sudah sebulan saya sakit di pergelangan tangan,saya cuma fikir ia biasa sahaja Dan tiada masalah , tapi sudah sebulan ia berlarutan seperti pergelangan saya patah atau urat saraf bengkak.Boleh Doktor tolong terangkan kepada saya apa masalah saya.terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan kecil yang tidak sembuh
- Sindrom carpal tunnel
- Sista ganglion
- Artritis
- Kecederaan saraf
- Kecederaan rawan atau ligamen
- Sista kecil berisi cecair
Memandangkan sakit ini sudah berterusan selama sebulan dan menjejaskan aktiviti seharian anda, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.