Sulit
2 tahun
Tangan menggigil melebihi jangka masa sehari tetapi kadar denyutan jantung masih dalam keadaan yang stabil dan normal
Selamat ptg doktor, saya ingin bertnya…saya mengalami masalah tangan menggigil tanpa henti sejak semalam, akan tetapi kadar jantung saya masih dalam keadaan yang normal…oleh itu bolehkan saya mendapat pandangan daripada doktor tentang masalah saya ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah tangan menggigil dan ingin mengetahui tentang puncanya. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk pengetahuan anda, gejala tangan mengigil boleh berlaku disebabkan anxiety tetapi terdapat masalah lain yang boleh menyebabkan tangan menggigil seperti:
- Penyakit tiroid - seperti hipertiroid
- Penyakit lebihan adrenalin - seperti Phaechromocytoma
- Masalah hati - juga boleh menyebabkan menggigil yang digelar “asterixis”
- Kurang gula - boleh terjadi pada pesakit diabetes jenis 1
- Anemia (kurang sel darah merah)
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.