Sulit
2 tahun
Masalah gatal parut di tangan
Saya wanita berumur 24 tahun. Saya mengalami masalah gatal di kedua dua tangan saya yng dulunya tak serius sekarang tinggal parut. Mula2 sikit sekarang banyak. Saya dah jumpa doctor dan diberikan ubat sapu gatal dan antibiotik. Tapi tiada perubahan. Saya juga suka menanam keladi dan mempunyai banyak ekor kucing. Adakah itu puncanya? Dan boleh cadangkan ubat yng boleh membantu menghilangkan gatal di tangan dan kurangkan parut. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
- Gigitan serangga
- Masalah peluh
- Kurang penjagaan kebersihan
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!