Sulit
2 tahun
Tanda stroke, tubuh terlalu lemah dan amat mengantuk, tangan sebelah kanan tak boleh bergerak
ayah saya berumur 86 tahun baru 4 hari ini, tangan sebelah kanan dia tidak boleh bergerak, dan dia amat lemah tubuhnya serta amat mengantuk, apakah yag saya haru buat?..bila saya cuba nak suap makan dia boleh tertidur, dan payah nak kejutkan…terima kasih doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca tangan kanan ayah anda tidak boleh bergerak, seperti:
- Cedera ligamen, tendon, atau sendi.
- Trigger finger .
- Stroke.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.