Sulit
2 tahun
Juvenile Mycolonic Epilepsy
saya wanita berusia 25 tahun , saya pesakit epilepsi, kenapa bila saya jalan kaki dlm tempoh yg agak lama ,kaki kanan saya terasa sakit seperti terseliuh? adakah disebabkan epilepsi juga? sejak 17 januari 2022 sampai hari ini masih rasa sakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi. Antaranya adalah:
- pengumpulan cairan tubuh secara mendadak
- gejala alahan kepada sesuatu benda atau perkara
- kesan dari kerja berat
- gangguan kulit
atau ia juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- gangguan reumatoid
- gangguan saraf
- gangguan muskuloskeletal
- trauma
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular
- dan lain-lain
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.