Sulit
2 tahun
Saya mengalami gejala kostokondritis
saya wanita berumur 30an dan saya mengalami sakit tulang rawan… setiap kali saya bangun dari tidur ada bunyi krek,adakah ini perkara biasa atau bahaya?? dan sejak k0ebelakangan ini jugak period saya tidak teratur,adakah ia berkaitan dengan masalah saya di atas?? mohon penjelasan,terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara simptom costochondritis adalah:
- sakit yang tajam di depan dada, berhampiran tulang dada dan tulang rusuk bertemu
- rasa sakit apabila menarik nafas atau batuk
- rasa padu atau padat apabila anda tekan sendi rusuk
Anda harus mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya:
- anda mengalami kesukaran untuk bernafas
- anda mengalami rasa sakit yang kuat dan melemahakan dada anda
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan pakar tulang.