Sulit
2 tahun
Susah nak berak sebab eksiden patah tulang peha
saya eksiden patah tulang peha dari 21/10-27-10 ,Dah 6 hari x berak,adakah itu normal,risau plak saya,sebelum tu dikatakan setiap pagi akan berak,sy risau sbb sy pon ad sembelit xpi jarang berlaku sbb sy makan kurma,
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.