Sulit
3 tahun
Patah tulang femur kanan akibat kemalangan beberapa tahun lalu tetapi merasa ngilu selepas 4 tahun
hi doktor, saya ada soalan. saya pernah menjalani pembedahan utk mencantumkan tulang femur yang patah, tak silap saya ianya melalui pembedahan kaedah Plat dan skru pada usia 17 tahun. skrang umur saya 21, tapi sejak dua 3 hari ini saya mula rasa ngilu di bahagian yang pernah patah tersebut. adakah ini side effect yang normal? atau sebaliknya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, pembedahan plat dan skru pada femur patah adalah normal. Tetapi rasa sakit, tidak selesa atau ngilu pada bahagian pembedahan mungkin disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Ketidaksambungan tulang
- Jangkitan pada tulang
- Sambungan tulang salah
- Nekrosis tulang
- Trauma baharu
Senarai tersbut hanyalah diagnosis umum. Rawatan serta diagnosis tepat memerlukan perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta imbasan x-ray. Kami sarankan agar perkara ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.