Sulit
3 tahun
Sakit dada sekali dengan kedua tapak kaki rasa kebas
saya malisa berumur 28 tahun, saya mengalami rasa sakit dada ketika tarik nafas,sekali dengan kedua tapak kaki kebas… sakit tulang belakang bahagian atas betul-betul belakang dada, apa penyebab ya… terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya kecederaan pada tulang belakang, penyakit cakera tulang belakang, penyakit tulang belakang, gangguan saraf, penyakit pada sistem pernafasan dengan kencing manis dan selainnya.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.