Sulit
3 tahun
Patah kaki (paha) (betis)
Saya lelaki berusia20,kemalangan patah kaki kanan di bahagian (paha, betis) saya lepas opretion dan apa patut saya lakukan ,saya cuma berjalan dengan sebelah kaki tapi kaki yang patah terasa sakit serperti kejang otot dan sakit di tempat pembedehan, satu minggu kemalangan. Apapatut sayalakukan untuk lakukan kalau terasa saket serperti itu
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyyaan anda.Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Jenis rawatan yang anda terima adalah berdasarkan keparahan dan lokasi patah tulang. Anda mungkin memerlukan rehat dan ubat untuk melegakan kesakitan. Adalah biasa untuk menggunakan kas, pendakap, atau but untuk patah kaki.
Rawatan biasa untuk patah kaki termasuk:
- Ubat preskripsi untuk melegakan kesakitan
- Berehat
- Menggunakan kas, splin, pendakap, but atau kasut khas
- Mengurangkan berat/beban dari kaki yang patah
- Menggunakan tongkat ketiak atau kerusi roda
- Manipulasi tulang untuk mengembalikan tulang ke tempat asalnya
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar tulang untuk nasihat selanjutnya.
Kami harap jawapan kami membantu.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor atas talian untuk informasi selanjutnya.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan pakar tulang.