Sulit
2 tahun
Merasai sakit tulang belakang
Saya berumur 21 thn nk bertanya. Saya mengalami sakit tulang belakang sejak baru-baru ni. Sakit tulang belakang bahagian bawah. Saya mula merasai sakit ini ketika duduk Di atas kerusi. Sakitnya terlalu kuat. Tidak boléh duduk terlalu lama or lebih dari sejam dan sering mengalami sakit Kepala bahagian belakang. Adakah saya perlu mengambil ubat or sebagainya?
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian tulang belakang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejalan anda. Antaranya:
- Keletihan yang terlalu berat
- Osteoartritis tulang belakang
- Gangguan muskoloskeletal (i.e. muscle sprained)
- Otot kejang
- Spondylolisthesis
- Sindrom ‘cauda equina’
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.