Sulit
3 tahun
Tanda-tanda kolestrol tinggi
Saya seorang wanita berusia 33 tahun, baru2 ini saya membuat ujian darah dan mendapati paras ESR dalam darah 33,asid urik 0.36, jumlah kolestrol tinggi 6.6, non hdl 5.1, ldl 4.2, triglycerides 2.0 dan paras GGT pada hati ialah 123. Saya juga sering mengalami simptom sakit kepala ringan pada bahagian belakang dan sering merasa kebas2 dan kesemutan.
Adakah simptom2 yang saya alami itu kesan drpd kolestrol saya tinggi?
Hasil daripada keputusan ujian tersebut, adakah kesihatan saya dalam tahap kritikal dan tidak boleh perbaiki?
Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala ataupun simptom kolesterol tinggi yang dilihat berlaku adalah berpunca daripada kesan kerosakan yang berlaku dan bukanlah disebabkan oleh tahap kolesterol yang tinggi itu sendiri. Hai ini bermaksud seseorang itu boleh mempunyai tahap kolesterol yang tinggi selama bertahun-tahun tanpa menunjukkan sebarang simptom sehinggalah terjadinya kerosakan. Seeloknya janganlah ditunggu sehingga mendapat simptom atau gejala-gejala ini barulah ingin berjumpa doktor dan melakukan ujian darah kolesterol.
Berikut merupakan simptom dan petanda sekiranya seseorang mempunyai kolesterol tinggi, antaranya:
- Tompok-tompok kuning pada mata (xanthelasmas) dan kulit (xanthomas)
- sakit jantung -Sakit dada - terasa seperti ditekan, dihempap, dicucuk benda tajam, panas, Sakit di tangan, rahang, bahu ataupun belakang badan, Mual dan muntah, Sesak nafas, Berpeluh, Pening
- Sakit jari kaki dan kekejangan kaki- Sakit kejang pada kaki, betis, peha atau punggung selepas aktiviti seperti berjalan, bersenam, menaiki tangga dan sebagainya. Ini digelar klaudikasi atau ‘claudication’, Kaki berasa kebas atau lemah atau Kaki berasa sejuk
Jika anda bimbang tentang tahap kesihatan anda, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor secara langsung. Hal ini kerana rawatan awal boleh mengurangkan komplikasi atau risiko untuk gejala yang lebih buruk. Justeru, tahap kesihatan anda akan dapat diperbaiki dengan rawatan yang teratur dan terancang.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih