*Harga ini termasuk caj perkhidmatan dan caj barangan pakai buang yang digunakan ketika suntikan vaccine
Anda sedang membuat pembelian untuk DUA dos vaksinasi Sinovac (CoronaVac) Covid-19 untuk diberikan di klinik pilihan anda di bawah. Terma dan syarat:
Vaksin ini hanya sesuai untuk individu berumur 12 tahun ke atas.
Pakej ini hanya boleh diambil oleh individu yang belum mendapat vaksin COVID-19 sama sekali.
Anda perlu mencetak salinan pengesahan tempahan anda yang akan anda terima melalui e-mel dan mengemukakannya di klinik.
Anda mengesahkan bahawa anda tidak mempunyai sejarah Reaksi Alahan Teruk, Masalah Neurologi atau Penyakit Kronik Yang Tidak Terkawal. Jika anda dikenal pasti mempunyai mana-mana keadaan yang telah dinyatakan, sila elakkan daripada membuat tempahan dalam talian.
Deposit tidak boleh dikembalikan tetapi boleh dipindah milik kepada orang lain sekiranya anda tidak dapat meneruskan vaksinasi yang telah ditempah. Anda perlu menghantar e-mel kepada DoctorOnCall sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal jika anda ingin memindahkan tempahan kepada individu lain.