Gonorea

Gejala Dan Petanda Penyakit Kelamin Gonore (Gonorrhoea)

Baca Soalan

Apakah tanda-tanda seseorang dijangkiti gonorea?

  • Dalam kebanyakan kes jangkitan gonore, ramai pesakit tidak mengadu sebarang gejala. Apabila jangkitan gonore muncul, hal ini bermaksud jangkitan tersebut telah merebak ke beberapa bahagian lain dalam tubuh badan yang biasanya adalah bahagian sulit.
  • Gejala-gejala gonorea biasanya mengambil masa kira-kira 2 minggu selepas jangkitan untuk menunjukkan sebarang simptom.
  • Tempoh ini dinamakan “incubation period” yang bermakna tempoh masa yang diambil untuk seseorang terdedah kepada jangkitan gonore dan kemudian kemunculan gejala pertama akibat jangkitan tersebut.
  • Namun demikian, kadang-kadang gejala tersebut tidak muncul sehingga beberapa bulan kemudian.
  • Berdasarkan statistik National Health Service (NHS), kira-kira 1 dalam 10 lelaki yang dijangkiti gonore dan 5 dalam 10 wanita yang mempunyai jangkitan gonore tidak akan mengalami sebarang gejala yang jelas untuk para doktor mengesan sama ada ia benar-benar jangkitan gonore. Perkara ini bermaksud jangkitan tersebut tidak dapat dirawat untuk satu tempoh.

Gejala gonore pada wanita

Ciri gonore pada wanita termasuklah:

  • 50% golongan wanita tidak mempunyai sebarang gejala

  • Keluarnya cecair yang tidak normal dari faraj (kencing nanah)

  • Berwarna hijau atau kuning

  • Kelihatan nipis dan agak cair

  • Rasa pedih seperti terbakar semasa kencing tetapi tiada kekerapan ke tandas

  • Sakit pada bahagian bawah perut

  • Masalah menstruasi

  • Pendarahan antara tempoh menstruasi

  • Keluaran darah haid yang banyak (kuantiti yang tidak sama seperti biasa)

  • Pendarahan selepas hubungan seks

Gejala gonore pada lelaki

Ciri gonore pada lelaki termasuklah:

  • Keluarnya cecair yang tidak normal daripada hujung zakar, yang mungkin berwarna putih, kuning atau hijau

  • Sakit atau sensasi terbakar semasa kencing

  • Radang atau bengkak pada kulit bahagian depan zakar (kulup)

  • Sakit pada bahagian buah zakar

Kedua- dua golongan lelaki dan wanita boleh mendapat jangkitan seperti yang berikut:

Jangkitan pada dubur, tekak atau mata sekiranya melakukan hubungan seks oral atau dubur tanpa memakai kondom.

  • Sekiranya air mani atau cecair vagina terkena mata, anda boleh mengalami konjunktivitis.

  • Jangkitan pada dubur boleh menyebabkan ketidakselesaan, sakit atau keluarnya cecair yang tidak normal.

  • Jangkitan di tekak biasanya tidak menyebabkan sebarang gejala.

Gonorea pada bayi

  • Ibu hamil yang dijangkiti gonore boleh menyebarkan jangkitan tersebut kepada bayi dalam kandungan kerana jangkitan tersebut boleh merebak melalui sel-sel darah pada uri semasa ibu melahirkan anak.
  • Bayi yang baru lahir jika dijangkiti gonore akan menunjukkan gejala di mata mereka pada 2 minggu pertama. Mata bayi menjadi merah, bengkak dan bernanah.
  • Gonore boleh dirawat dengan antibiotik semasa mengandung atau semasa anda menyusu. Antibiotik tidak akan membahayakan kesihatan bayi.
  • Secara kesimpulannya, nasihat perubatan adalah penting sekiranya anda berkemungkinan dijangkiti gonore walaupun anda berasa tiada tanda jelas dan gejala telah hilang sendiri.
  • Jika gonorea tidak didiagnosis dan tidak dirawat, anda boleh menyebarkan jangkitan ke seluruh tubuh dan anda mempunyai risiko untuk mendapat komplikasi yang lebih serius seperti ketidaksuburan.

Written by: Dr Ilias Yee

MB BCh BAO (NUI), LRCPI, LRCSI, Fellow Open Medical Institute (Addiction), Fellow ASHM Leadership (Sexual Health & HIV Medicine)

18 Aug 2018
*Maklumat anda akan kami lindungi. Tiada penjualan kepada pihak ketiga