Benarkah Sukarelawan Ujian Klinikal Vaksin Itu Tikus Makmal?

Disemak & Disahkan oleh Pakar Perubatan

Kandungan ini disahkan oleh lembaga perubatan berlesen kami selaras dengan garis panduan klinikal berasaskan bukti dan piawaian Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Baru-baru ini masyarakat digemparkan dengan berita bahawa sebuah program penyelidikan vaksin akan melibatkan vaksin dari China dan sukarelawan bagi ujian klinikal dari kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai kebimbangan telah disuarakan terhadap kajian tersebut. Perlu difahamkan bahawa ini merupakan Kajian Klinikal Fasa 3. Dalam erti kata lain, ia adalah fasa kajian yang hanya dilaksanakan apabila produk itu telahpun di uji sebelumnya (secara intensif) dan telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Jadi, tentu ramai yang tertanya tanya tentang bagaimana sebenarnya kajian klinikal vaksin dijalankan dan apakah perbezaan setiap fasa. Jadi, mari ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Tingkatkan sistem kekebalan tubuh dengan makanan yang seimbang & berkhasiat.

Apa Itu Kajian Klinikal Vaksin?

Setiap vaksin yang diagihkan ke masyarakat umum perlu menjalani Kajian Klinikal bagi memastikan keberkesanan vaksin – atau dalam bahasa perubatan diistilahkan sebagai kadar efikasi vaksin – berada di tahap yang paling tinggi dan seterusnya, tiada risiko kesan sampingan yang serius.

Disamping itu, Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menetapkan kadar minimum efikasi sesuatu vaksin yang boleh diterima untuk kegunaan umum perlu mencapai sekurang-kurangnya 50%. Namun kebanyakan vaksin yang dihasilkan oleh institusi di seluruh dunia mempunyai kadar keberkesanan yang lebih tinggi daripada kadar minima tersebut. Berdasarkan penerangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kajian klinikal vaksin terbahagi kepada tiga fasa, iaitu:

Fasa IKajian yang melibatkan puluhan sukarelawan bagi mengenal pasti kesan tindak balas vaksinProfil keselamatan vaksin peringkat awal
Fasa IIKajian yang melibatkan ratusan sukarelawan bagi mengenal pastijumlah atau kadar dos vaksin yang sesuaiProfil tahap keselamatan yang lebih lengkap
Fasa IIIKajian yang melibatkan ribuan sukarelawan bagi mengenal pastikadar efikasi atau keberhasilan vaksinkebarangkalian kesan sampingan vaksin yang lain

Siapakah Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Science?

Tak kenal maka tak cinta, untuk makluman anda institusi inilah yang menghasilkan vaksin untuk diuji di Malaysia. Ia adalah sebuah institusi yang berprestasi tinggi dan terkemuka di negara China. Dibuka semenjak tahun 1958, institusi ini mempunyai kepakaran hebat dalam bidang virologi, imunologi, molekular biologi, perubatan genetik, penyelidikan zoologi dan epidemiologi. Malah ia juga secara rasminya merupakan rakan kolaborasi WHO dalam membangunkan sebuah pusat penyelidikan enterovirus di rantau Asia.

Vaksin yang diuji merupakan vaksin jenis inactivated virus. Terdapat banyak institusi lain yang turut menggunakan teknologi vaksin yang sama termasuk Sinopharm (China), Sinovac (China) dan Bharat Biotech (India). Antara kelebihan vaksin jenis ini ialah:

Tidak memerlukan kaedah logistik ‘cold chain’

Tidak perlu disimpan di peti sejuk beku dengan suhu yang ekstrim

Dihasilkan dari teknologi sedia ada dengan rekod keberhasilan yang baik

Selain itu, antara produk lain yang pernah dihasilkan oleh institusi berprestij ini termasuklah vaksin polio, vaksin hepatitis dan vaksin enterovirus bagi mencegah penyakit yang lazimnya ditemukan pada kanak-kanak kecil seperti Hand, Foot & Mouth Disease (HFMD).

Sejarah Kajian Klinikal Di Malaysia

Sebenarnya, Kajian Klinikal Vaksin bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Sebagai contoh negara kita pernah menyertai satu kajian klinikal bagi vaksin denggi keluaran Amerika Syarikat beberapa tahun yang lalu. Selain itu, kita juga pernah menjadi tuan rumah kepada kajian perubatan untuk merawat Hepatitis C dan banyak lagi. Malah negara kita telah sekian lama mengamalkan dasar terbuka kepada mana-mana negara yang ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat Kajian Klinikal bagi produk kesihatan mereka.

Ini juga menunjukkan bahawa, Kajian Klinikal tidaklah terpaku kepada vaksin semata-mata. Semua produk kesihatan dan perubatan wajib melalui proses yang sama. Ini termasuk ubat-ubatan, produk kecantikan, suplemen tambahan, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, tempoh Kajian Klinikal lazimnya berbeza berdasarkan jenis produk tersebut. Yang jelas, setiap uji kaji akan dijalankan dengan penuh cermat, dan diawasi badan-badan regulatori yang diiktiraf di peringkat global.

Strategi berhadapan varian baharu

Walaupun dunia telah digemparkan dengan beberapa varian virus COVID-19 yang baharu. Para cendiakawan dan saintis menjelaskan bahawa selagi mana variasi virus tersebut hanya melibatkan perubahan yang kecil dari kod genetik coronavirus, selagi itulah ianya tidak signifikan dan vaksin yang telah dihasilkan setakat ini masih mampu memberi imunisasi dan perlindungan yang sewajarnya.

Malah kita perlu sedar bahawa selain kempen imunisasi besar-besaran, antara strategi lain yang berkesan apabila berhadapan dengan varian baharu juga termasuk SOP pandemik & norma baru yang disarankan oleh pihak berkuasa. Kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal merupakan antara kaedah dan langkah terbaik dalam memutuskan rantaian COVID-19.

Kesimpulan

Justeru marilah kita sama-sama meraikan dan menghargai para sukarelawan yang sementara menjalani Ujian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 di Malaysia. Keberhasilan kajian ini juga memberi peluang kepada negara dalam memperolehi bekalan vaksin coronavirus yang lebih banyak demi kepentingan masyarakat tempatan. Dengan itu, sokongan dan pengetahuan yang baik terhadap usaha seperti ini perlu disebarkan agar salah faham dapat kita kurangkan dalam kalangan masyarakat.

Kekal sihat dan dapatkan vaksinasi anda dengan doktor kami!

Penyemak Perubatan & Pasukan Editorial

Penyemak Perubatan Disahkan Disahkan MMC

Dr. Chong Zhan Pong

Doktor Perubatan Am (GP) • Doktor Perubatan (MD), International Medical University (IMU)
DoctorOnCall

Dr. Chong Zhan Pong berkelulusan Doktor Perubatan (MD) dari International Medical University (IMU). Kepakaran klinikal beliau merangkumi perubatan dalaman, kesihatan metabolik, penjagaan pencegahan, dan telekonsultasi pesakit.

Dr. Adeline Carol Peters
Penulis Artikel

Dr. Adeline Carol Peters

Doktor Perubatan Am (GP) • Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) — Manipal Academy of Higher Education (MAHE)

Dr. Adeline Carol Peters ialah doktor berpengalaman dan Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) bertauliah dengan kepakaran luas dalam pengurusan pesakit luar, saringan kesihatan, dan advokasi perubatan pesakit.

Penjagaan Kesihatan Pantas & Sulit

Bercakap dengan doktor bertauliah dalam talian hari ini

Elakkan masa menunggu. Berhubung dengan doktor berdaftar di Malaysia melalui DoctorOnCall dalam masa kurang daripada 5 minit untuk diagnosis, preskripsi ubat, dan bimbingan klinikal.

Terokai Mengikut Topik Kesihatan

Pilih kategori klinikal untuk rawatan berasaskan bukti dan panduan pakar

100% Semakan Doktor Bertauliah

Setiap panduan klinikal disemak oleh pengamal perubatan berlesen

Berasaskan Bukti & Terkini

Selaras dengan garis panduan klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pendidikan Pesakit Telus

Berdedikasi untuk pemerkasaan pesakit dan maklumat kesihatan telus