Jenis Perancang Keluarga: Kaedah Mana Yang Sesuai Untuk Anda?

Disemak & Disahkan oleh Pakar Perubatan

Kandungan ini disahkan oleh lembaga perubatan berlesen kami selaras dengan garis panduan klinikal berasaskan bukti dan piawaian Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Apa itu Perancang Keluarga?

Kehamilan adalah hasil dari persenyawaan sperma lelaki dan telur wanita. Ini dapat dicegah dengan kaedah perancang keluarga. Umumnya perancangan keluarga juga dikenali sebagai kaedah kontraseptif.

Perancang Keluarga Berfungsi Dengan Cara:

• Menjauhkan sperma dari telur (ovum)

• Menyekat pengeluaran telur

• Menyukarkan implantasi telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim.

Terdapat kaedah perancang keluarga yang berbeza untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup wanita yang berbeza. Untuk memilih kaedah perancang keluarga yang paling sesuai untuk anda, beberapa soalan lanjut mungkin ditanyakan oleh doktor atau ahli farmasi, seperti:

• Umur dan berat badan anda

• Sejarah merokok

• Sejarah kesihatan anda

• Ubat-ubatan yang sedang anda amalkan (jika ada)

Di bawah ini terdapat beberapa artikel yang akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang kaedah perancang keluarga yang berbeza. Terdapat beberapa kaedah perancang keluarga, seperti pil perancang gabungan, pil perancang progesteron sahaja dan tampalan hormon, yang memerlukan pengaturan yang baik serta pengambilan tepat pada waktunya.

Cara untuk mengamalkan perancang keluarga dan kadar keberkesanan juga boleh mempengaruhi pilihan seseorang.

Kaedah
Waktu
Keberkesanan
Diafragma dengan spermisida Cap kontraseptif dengan spermisida Dimasukkan sebelum seks 92-96%
Kondom lelaki dan wanita Digunakan / dimasukkan sebelum seks 98% (kondom lelaki)95% (kondom wanita)
Pil perancang kehamilan jenis kombinasiPil perancang kehamilan jenis progesteron sahaja Diambil setiap hari > 99%
Perancangan keluarga semulajadi Pemantauan harian sepanjang kitaran haid > 99%
Tampalan hormon Diganti setiap minggu > 99%
Cincin faraj Diganti setiap bulan > 99%
Suntikan perancang keluarga Diperbaharui setiap 3 bulan > 99%
Implan hormon Diperbaharui setiap 3 tahun > 99%
Alat Intrauterin (IUD) Diperbaharui setiap 5 tahun / dimasukkan dalam 5 hari selepas hubungan seks > 99%
Sistem Intrauterin (IUS) Diperbaharui setiap 5 tahun > 99%
Ikatan tiub fallopio (wanita)Ikatan saluran mani (lelaki) Kekal > 99%

* Sekiranya digunakan dengan betul / mengikut arahan

Catatan: Semua kaedah perancangan keluarga yang disebutkan di atas (kecuali kondom) dapat mencegah kehamilan tetapi tidak melindungi anda daripada jangkitan kelamin (STIs). Kondom adalah satu-satunya kaedah kontraseptif yang juga dapat melindungi daripada jangkitan kelamin. Anda mungkin ingin berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk mengetahui kaedah perancang keluarga yang paling sesuai dengan keperluan dan gaya hidup anda.

Penyemak Perubatan & Pasukan Editorial

Penyemak Perubatan Disahkan Disahkan MMC

Dr. Chong Zhan Pong

Doktor Perubatan Am (GP) • Doktor Perubatan (MD), International Medical University (IMU)
DoctorOnCall

Dr. Chong Zhan Pong berkelulusan Doktor Perubatan (MD) dari International Medical University (IMU). Kepakaran klinikal beliau merangkumi perubatan dalaman, kesihatan metabolik, penjagaan pencegahan, dan telekonsultasi pesakit.

Dr. Adeline Carol Peters
Penulis Artikel

Dr. Adeline Carol Peters

Doktor Perubatan Am (GP) • Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) — Manipal Academy of Higher Education (MAHE)

Dr. Adeline Carol Peters ialah doktor berpengalaman dan Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) bertauliah dengan kepakaran luas dalam pengurusan pesakit luar, saringan kesihatan, dan advokasi perubatan pesakit.

Penjagaan Kesihatan Pantas & Sulit

Bercakap dengan doktor bertauliah dalam talian hari ini

Elakkan masa menunggu. Berhubung dengan doktor berdaftar di Malaysia melalui DoctorOnCall dalam masa kurang daripada 5 minit untuk diagnosis, preskripsi ubat, dan bimbingan klinikal.

Terokai Mengikut Topik Kesihatan

Pilih kategori klinikal untuk rawatan berasaskan bukti dan panduan pakar

100% Semakan Doktor Bertauliah

Setiap panduan klinikal disemak oleh pengamal perubatan berlesen

Berasaskan Bukti & Terkini

Selaras dengan garis panduan klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pendidikan Pesakit Telus

Berdedikasi untuk pemerkasaan pesakit dan maklumat kesihatan telus