Apakah Penyebab Penyakit Jantung?

Apakah Penyebab Penyakit Jantung
Disemak & Disahkan oleh Pakar Perubatan

Kandungan ini disahkan oleh lembaga perubatan berlesen kami selaras dengan garis panduan klinikal berasaskan bukti dan piawaian Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Punca Serangan Jantung :

  • Punca sakit jantung merupakan masalah pembekalan darah yang mengandungi oksigen kepada sel-sel jantung. Kekurangan pembekalan darah adalah disebabkan oleh sekatan saluran darah.
  • Sekatan saluran darah kebiasaan berasal daripada deposit lemak (atheroma) dalam saluran darah. Deposit lemak ini menyempitkan saluran darah anda.
  • Proses ini dipanggil atherosclerosis. Oleh itu, penyebab dan risiko serangan jantung adalah berkaitan dengan proses ini.
  • Terdapat pelbagai sebab dan risiko yang boleh meningkatkan keberangkalian anda mendapat sakit jantung.

Risiko serangan jantung :

  • Risiko merupakan satu situasi di mana anda mempunyai pendedahan kepada bahaya.
  • Dari perspektif medikal, terdapat beberapa risiko yang boleh mendedahkan anda kepada proses atherosclerosis dan pembentukan deposit lemak dalam jangka masa yang berpanjangan.

Contoh-contoh risiko serangan jantung :

  • Darah tinggi – Ia meningkatkan stres terhadap jantung anda untuk mengepam darah dengan memerlukan pembekalan darah yang lebih banyak.
  • Kolesterol yang tinggi – Kolesterol adalah penting dalam badan kita. Jikalau terdapat berlebihan dalam badan kita, ia akan meningkatkan risiko mendapat deposit lemak, terutamanya kolesterol LDL.

  • Hisap rokok – Nikotin dan karbon dioxida yang terkandung dalam rokok anda memberikan stres kepada jantung anda untuk berfungsi dengan lebih cepat. Selain itu, komponen-komponen ini meningkatkan risiko gumpalan darah.

  • Diabetes – Gula yang berlebihan dalam darah boleh merosakkan saluran darah anda. Hal ini meningkatkan risiko mendapat deposit lemak.

  • Thrombosis – Ia merupakan gumpalan darah yang terdapat dalam vena ataupun arteri anda. Ia boleh menyekat saluran darah jantung anda.

  • Obesiti – Obesiti meningkatkan risiko anda mendapat darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes.

  • Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit sakit jantung

Penyebab serangan jantung di umur muda :

  • Kebanyakkan orang mengetahui bahawa serangan jantung adalah lebih biasa dalam golongan umur tua berbanding dengan umur muda, terutamanya bagi golongan yang melebihi 40 tahun.
  • Tetapi serangan jantung boleh berlaku dalam golongan orang muda mempunyai penyebab yang berlainan. Penyebab serangan jantung di umur muda boleh merupakan penyebab serangan jantung mendadak ataupun kronik.
  • Antara penyebab serangan jantung mendadak adalah hypertrophic cardiomyopathy. Ia merupakan kondisi genetik yang kerap berlaku dalam kalangan atlet.
  • Sekatan saluran darah adalah disebabkan oleh pembesaran otot jantung yang berlebihan. Kondisi sebegini boleh dicegah dan dipantau melalui ujian ECG.
  • Bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit kawasaki, mereka juga mempunyai risiko serangan jantung akibat keradangan saluran darah.
  • Penyakit kawasaki merupakan penyakit keradangan saluran darah yang melibatkan kanak-kanak di bawah 5 tahun.

Penyemak Perubatan & Pasukan Editorial

Penyemak Perubatan Disahkan Disahkan MMC

Dr. Chong Zhan Pong

Doktor Perubatan Am (GP) • Doktor Perubatan (MD), International Medical University (IMU)
DoctorOnCall

Dr. Chong Zhan Pong berkelulusan Doktor Perubatan (MD) dari International Medical University (IMU). Kepakaran klinikal beliau merangkumi perubatan dalaman, kesihatan metabolik, penjagaan pencegahan, dan telekonsultasi pesakit.

Dr. Adeline Carol Peters
Penulis Artikel

Dr. Adeline Carol Peters

Doktor Perubatan Am (GP) • Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) — Manipal Academy of Higher Education (MAHE)

Dr. Adeline Carol Peters ialah doktor berpengalaman dan Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) bertauliah dengan kepakaran luas dalam pengurusan pesakit luar, saringan kesihatan, dan advokasi perubatan pesakit.

Penjagaan Kesihatan Pantas & Sulit

Bercakap dengan doktor bertauliah dalam talian hari ini

Elakkan masa menunggu. Berhubung dengan doktor berdaftar di Malaysia melalui DoctorOnCall dalam masa kurang daripada 5 minit untuk diagnosis, preskripsi ubat, dan bimbingan klinikal.

Terokai Mengikut Topik Kesihatan

Pilih kategori klinikal untuk rawatan berasaskan bukti dan panduan pakar

100% Semakan Doktor Bertauliah

Setiap panduan klinikal disemak oleh pengamal perubatan berlesen

Berasaskan Bukti & Terkini

Selaras dengan garis panduan klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pendidikan Pesakit Telus

Berdedikasi untuk pemerkasaan pesakit dan maklumat kesihatan telus