Setakat 2019, pneumonia kekal sebagai punca utama kematian dalam kalangan wanita Malaysia, dan punca kedua utama kematian dalam kalangan lelaki Malaysia.1
Pneumonia pneumokokus, jenis pneumonia bakteria yang paling biasa2, ialah penyakit paru-paru bakteria yang berjangkit dan berpotensi serius.3 Tidak seperti selsema biasa yang disebabkan oleh virus, pneumonia pneumokokus disebabkan oleh bakteria dan boleh membawa kepada gejala yang teruk.3
Walau bagaimanapun, terdapat vaksin yang boleh melindungi daripada penyakit ini, dikenali sebagai vaksin pneumokokus.4
Seperti semua vaksin lain, vaksin pneumokokus menggalakkan badan anda menghasilkan antibodi, iaitu protein yang dihasilkan badan untuk meneutralkan atau memusnahkan organisma atau toksin pembawa penyakit. Antibodi ini kemudian melawan bakteria pneumokokus untuk mencegah pneumonia pada badan perumah.5
Mengapa saya perlu mendapatkan vaksin?
Vaksin pneumokokus membantu mencegah penerimanya daripada dijangkiti penyakit pneumokokus, iaitu sebarang jenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae.4
Sejak diperkenalkan, vaksin pneumokokus telah mengurangkan kadar bakteria Streptococcus pneumoniae invasif pada orang dewasa yang sihat.6
Perlu diingat bahawa pneumonia bakteria itu sendiri tidak berjangkit – namun, jangkitan yang menyebabkannya boleh berjangkit. Ia juga boleh merebak kepada orang lain melalui batuk, bersin, malah sentuhan dengan objek yang tercemar.7
Kes pneumonia yang teruk boleh mengakibatkan komplikasi maut seperti kerosakan organ, sepsis dan renjatan septik, meningitis, dan abses paru-paru. Jika tidak dirawat, pneumonia yang teruk juga boleh memberi kesan jangka panjang pada paru-paru anda, dan berpotensi meningkatkan kerentanan anda terhadap jangkitan pada masa depan.8
Kadangkala, pneumonia sukar didiagnos kerana gejalanya berbeza-beza dan boleh menyerupai gejala selsema atau influenza9. Oleh itu, vaksin pneumokokus dapat membantu mencegah penyakit pneumokokus.4
Jika anda mempunyai keraguan lanjut, anda boleh berhubung dan berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan tentang sama ada ia pilihan imunisasi yang sesuai untuk anda.


Kredit foto: Matthew Bennett @ Unsplash
Siapakah Yang Perlu Mendapatkan Vaksin?
Secara amnya, kanak-kanak, warga emas, dan mereka yang mempunyai keadaan kesihatan yang lebih mudah dijangkiti pneumonia dinasihatkan untuk divaksinasi.4,10
Siapakah yang lebih mudah terdedah kepada penyakit pneumokokus? Anda mungkin tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi10 ini jika:
- Anda berumur melebihi 65 tahun.
- Anda seorang perokok.
- Anda menghidap penyakit jantung.
- Anda menghidap diabetes.
- Anda menghidap asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik, atau keadaan yang melemahkan sistem imun anda.
- Anda baru menjalani kemoterapi, pernah menjalani pemindahan organ, atau menghidap HIV (Human Immunodeficiency Virus) atau AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome).
- Anda kerap mengambil alkohol secara berlebihan.
- Anda baru menjalani pembedahan atau pulih daripada penyakit yang teruk.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang vaksin pneumokokus, berbincanglah dengan penyedia penjagaan kesihatan tentang pilihan imunisasi anda.

Bilakah Perlu Mendapatkan Vaksin?
Terdapat dua vaksin untuk pneumonia yang melindungi daripada jangkitan dan secara kolektif melindungi daripada lebih 30 jenis bakteria pneumonia.10
Jika doktor anda menasihatkan anda mendapatkan vaksin pneumonia pneumokokus, anda boleh mendapatkannya pada bila-bila masa sepanjang tahun.10

Kredit foto: Frank Meriño @ Pexels
Jangan Tunggu Untuk Mendapatkan Imunisasi
Pneumonia boleh membawa maut walaupun anda menerima penjagaan perubatan yang terbaik, jadi anda tetap digalakkan mendapatkan vaksin untuk mencegah jangkitan pneumokokus.11
Untuk mencegah tempoh pemulihan pneumonia yang panjang atau jangkitan pneumonia yang berpotensi membawa maut12,13, imunisasi kekal sebagai komponen penting untuk melindungi diri anda dan orang di sekeliling anda.14
Kesejahteraan anda harus sentiasa menjadi keutamaan utama, jadi jangan tangguh mendapatkan vaksin terhadap penyakit ini.
Jangan tunggu sehingga terlambat, berbincanglah dengan doktor hari ini.

Penafian:
Maklumat kesihatan yang terkandung di sini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak bertujuan menggantikan perbincangan dengan penyedia penjagaan kesihatan. Semua keputusan mengenai penjagaan pesakit mesti dibuat bersama penyedia penjagaan kesihatan, dengan mengambil kira ciri-ciri unik pesakit.
Untuk terma penggunaan Pfizer, klik di sini: Terms of Use | Pfizer – Breakthroughs That Change Patients’ Lives
PP-PRV-MYS-0083-22APRIL2022