Apakah Punca Bayi Menggigil Dan Bagaimana Menghadapinya

Apakah Punca Bayi Menggigil Dan Bagaimana Menghadapinya
Disemak & Disahkan oleh Pakar Perubatan

Kandungan ini disahkan oleh lembaga perubatan berlesen kami selaras dengan garis panduan klinikal berasaskan bukti dan piawaian Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Si kecil memang kadang-kadang suka buat ibu ayah panik dengan perlakuan mereka yang ada ketikanya sedikit pelik dan aneh seperti bayi menggigil, merengek, menangis tanpa sebab, bermain dengan tangannya dan lain-lain.

Satu perkara yang menghairankan adalah apabila bayi mengiggil secara tiba-tiba hinggga menimbulkan rasa bimbang di hati anda.

Adakah normal bila bayi menggigil?

Sebelum kita menghuraikan mengapa bayi menggigil, berikut adalah beberapa contoh yang dimaksudkan dengan situasi tersebut.

Ia terjadi apabila bayi menggeletar atau pergerakan yang kelihatan sama seperi gegaran.

Ada beberapa sebab yang membuatkan bayi menggigil secara tiba-tiba seperti terlalu teruja apabila melihat seseorang yang dikenali atau suka bermain dengan permainan yang menjadi kesukaan mereka. Sesetengah bayi menggigil juga adalah ketika menyusu atau menukar lampin.

Mengapa bayi menggigil?

Sebelum penerangan lebih lanjut, ingin diberitahu bahawa bayi menggigil tidak perlu dikhuatiri kerana sistem saraf mereka belum matang.

Jadi, selagi bayi berkembang dengan baik anda tidak perlu terlalu bimbang. Berikut adalah alasan biasa mengapa bayi menggigil.

#1. Belajar mengawal diri

Bayi cenderung untuk menggelengkan kepala dari setiap sudut kerana sedang belajar mengawal badan. Pada masa yang sama, mereka juga belajar meniru perlakuan anda.

Selain itu, si kecil juga semakin bijak kerana dia tahu apabila dia membuat gelengan kepala, automatik badannya bergetar sekaligus membuatkan dirinya mendapat perhatian ramai.

Dalam kes ini tiada apa yang perlu dibimbangkan asalkan semuanya dalam keadaan selamat.

#2. Keletihan

Bayi menggigil juga adalah disebabkan keletihan setelah keluar berjalan dengan agak lama.

Oleh itu, mereka akan menggetarkan tubuh atau gelengkan kepala supaya dapat menenangkan diri. Kadang-kadang bayi berkeadaan sebegitu sehingga tertidur.

Bila anda patut risau jika bayi menggigil dengan kerap?

Dalam kes tertentu, mungkin terdapat beberapa sebab yang membuatkan bayi menggigil atau bergetar dan seharusnya mereka mendapatkan rawatan dari ahli pediatrik.

1. Autisme

Pergerakan berulang termasuk menegangkan kepala boleh menjadi petunjuk autisme.

Namun, ia perlu disertai dengan tanda-tanda lain seperti tidak membuat hubungan mata, tidak tersenyum dan tidak bertindak balas apabila anda memanggil nama mereka.

Sekiranya anda mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan anak, sebaiknya segera mendapatkan rawatan supaya masalah yang lebih serius dapat dibendung dari awal.

2. Jangkitan telinga

Antara sebab lain adalah jangkitan telinga, tetapi ia perlu disertai dengan tanda-tanda seperti demam sejuk dan kurang aktif daripada biasa.

Sekiranya telinga bayi mempunyai jangkitan lantas membuatkan dia menggigil atau bergetar supaya dapat menghilangkan ketidakselesaan itu.

Sekiranya bayi anda menggigil selama lebih 20 saat, tak sedarkan diri, bibir kebiruan dan lain-lain, sebaiknya hubungi doktor atau buat panggilan kecemasan dengan serta merta.

Tengok juga simptom lain yang membuatkan anak bergetar terlalu kerap hingga tidak mencapai perkembangan yang sepatutnya.

Namun begitu, jika bayi menggigil tanpa ada simptom lain muncul, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Anda hanya perlu pantau keselamatan dirinya saja supaya dia kekal cergas dan aktif setiap hari.

Terima kasih buat TheAsianParent.com atas kesudian memberi kebenaran untuk kami menyiarkan artikel ini. Semoga bermanfaat untuk para pembaca.

Penyemak Perubatan & Pasukan Editorial

Penyemak Perubatan Disahkan Disahkan MMC

Dr. Chong Zhan Pong

Doktor Perubatan Am (GP) • Doktor Perubatan (MD), International Medical University (IMU)
DoctorOnCall

Dr. Chong Zhan Pong berkelulusan Doktor Perubatan (MD) dari International Medical University (IMU). Kepakaran klinikal beliau merangkumi perubatan dalaman, kesihatan metabolik, penjagaan pencegahan, dan telekonsultasi pesakit.

Dr. Adeline Carol Peters
Penulis Artikel

Dr. Adeline Carol Peters

Doktor Perubatan Am (GP) • Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) — Manipal Academy of Higher Education (MAHE)

Dr. Adeline Carol Peters ialah doktor berpengalaman dan Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) bertauliah dengan kepakaran luas dalam pengurusan pesakit luar, saringan kesihatan, dan advokasi perubatan pesakit.

Penjagaan Kesihatan Pantas & Sulit

Bercakap dengan doktor bertauliah dalam talian hari ini

Elakkan masa menunggu. Berhubung dengan doktor berdaftar di Malaysia melalui DoctorOnCall dalam masa kurang daripada 5 minit untuk diagnosis, preskripsi ubat, dan bimbingan klinikal.

Terokai Mengikut Topik Kesihatan

Pilih kategori klinikal untuk rawatan berasaskan bukti dan panduan pakar

100% Semakan Doktor Bertauliah

Setiap panduan klinikal disemak oleh pengamal perubatan berlesen

Berasaskan Bukti & Terkini

Selaras dengan garis panduan klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pendidikan Pesakit Telus

Berdedikasi untuk pemerkasaan pesakit dan maklumat kesihatan telus