Patutkah Ceragem digunakan dan apa manfaatnya?

Patutkah Ceragem digunakan dan apa manfaatnya?
Disemak & Disahkan oleh Pakar Perubatan

Kandungan ini disahkan oleh lembaga perubatan berlesen kami selaras dengan garis panduan klinikal berasaskan bukti dan piawaian Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Soalan

Hello doktor. Saya berumur 28 tahun dan bekerja sebagai pembantu pentadbiran di sebuah syarikat. Saya ingin bertanya mengenai ceragem. Saya ada terbaca di laman sosial mengenai terapi ceragem ini tetapi saya tidak pasti mengenai keberkesanannya. Lapan bulan yang lepas, ayah saya telah menjalani pembedahan untuk tulang belakang disebabkan oleh sebuah kemalangan. Namun begitu, menurut ayah saya kesakitan tersebut masih lagi terasa di bahagian tulang belakang dan keadaan ini merisaukan saya. Oleh itu, dia mencuba perubatan tradisional melibatkan kaedah mengurut di bahagian tulang belakang yang terjejas tetapi rawatan tersebut tidak memberikan sebarang perbezaan untuk tahap kesakitan ayah saya.

Selepas sekian lama, saya telah mengambil keputusan untuk mencuba terapi ceragem selepas disyorkan oleh kawan-kawan yang pernah menggunakannya. Untuk pengetahuan doktor, ayah saya masih boleh bergerak dan berjalan serta melakukan rutin harian tetapi sakit di bahagian tulang belakang itu agak mengganggu terutamanya ketika ayah saya tidur pada waktu malam. Pada pendapat doktor, patutkah ayah saya mencuba rawatan Ceragem yang dicadangkan oleh kawan saya dan adakah rawatan tersebut efektif untuk mengurangkan kesakitan ayah saya?

Jawapan Doktor

Terima kasih atas soalan anda. Sejak kebelakangan ini, terapi Ceragem ini sudah mula mendapat respon yang bagus di kalangan orang ramai di Malaysia. Sebelum ayah anda mencuba rawatan ini, anda perlu berjumpa dengan doktor pakar dahulu dan bincangkan selanjutnya mengenai keadaan kesihatan ayah anda. Setiap pengguna mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap rawatan ini. Justeru itu, ubat tersebut berkemungkinan boleh membantu mengurangkan kesakitan tulang belakang ayah anda atau sebaliknya.

Apakah itu Ceragem

Untuk pengetahuan anda, terapi Ceragem berasal daripada Korea. Ceragem ialah nama syarikat peralatan perubatan yang ditubuhkan pada tahun 1998. Ia adalah syarikat pertama yang menghasilkan alat urut termal automatik di dunia.

Syarikat Ceragem juga menghasilkan mesin pemantau glukosa darah, alat penjagaan kulit, produk kosmetik dan produk kesihatan yang lain. Ceragem mempunyai 3000 buah pusat atau kedai di 70 negara di seluruh dunia. Sebagai sebuah syarikat, Ceragem telah mempunyai beberapa pengiktirafan untuk reka bentuk, pembangunan, pengeluaran, dan pengedaran alat ‘acupressure’ termal dan pengurut termo.

Prinsip Ceragem

Terapi Ceragem mendapat inspirasi dari rawatan tradisional China bagi menghasilkan pengurut termal ceragem atau terapi ceragem. Terapi Ceragem mempunyai empat prinsip utama iaitu: tekanan jari, urutan, ‘moxibustion’ dan terapi haba.

  • “Tekanan jari” dalam terapi ceragem melibatkan elemen rangsangan fizikal melalui penggunaan jari seperti “mengurut” dalam mesin tersebut.
  • “Terapi termal” juga menggunakan elemen proses pengaliran haba ke bahagian tertentu pada badan seperti dalam “moxibustion”.
  • Secara ringkasnya, terapi ceragem berfungsi dengan cara pengaliran haba, tekanan jari dan elemen mengurut untuk kesihatan badan. Ia menggabungkan rawatan perubatan tradisional timur dengan teknologi moden hanya dengan menggunakan satu klik.

Bagaimana Ceragem berfungsi

Alat mengurut ini memancarkan sinaran inframerah untuk memberikan haba kepada tubuh manusia. Pancaran sinaran infrared tersebut berasal dari jet padat dan panel karbon epoksi yang dipasang pada alat Ceragem. Suhu kepanasan yang dihasilkan pada mesin tersebut hampir sama dengan haba badan. Berikut adalah 7 manfaat kesihatan terapi ceragem:

  1. Ia boleh membantu melegakan kesakitan otot.
  2. Ia boleh membantu membentuk semula postur badan yang lemah.
  3. Ia boleh membantu melegakan ketegangan otot dan mengurangkan kesakitan arthritis.
  4. Ia boleh membantu menggalakkan peredaran darah.
  5. Ia boleh menggalakkan ketenangan dan melegakan tekanan.
  6. Ia boleh menggalakkan tidur yang lebih nyenyak.
  7. Ia boleh meningkatkan sistem imunisasi.

Jenis terapi Ceragem

Terapi ceragem dibahagikan kepada tiga jenis pengurut termal iaitu jenis automatik, manual, dan lipatan. Oleh kerana harga produk ini agak mahal, Ceragem sering menawarkan percubaan percuma di pusat Ceragem seperti yang tertera di laman web rasmi mereka. Ia mengambil masa kira-kira 40 hingga 50 minit untuk setiap sesi percubaan.

Adakah Ceragem berfungsi

  • Sesetengah orang memberikan komen atau ulasan yang positif dan ada juga individu lain yang menyatakan rawatan ini tidak memuaskan hati.
  • Sesetengah orang pula tidak merasai sebarang perbezaan selepas menggunakan terapi ceragem.
  • Mereka yang memberikan ulasan atau komen yang positif biasanya menyatakan bahawa terapi ceragem bukan rawatan yang efektif jika dilakukan dalam sehari.
  • Walaubagaimanapun, terdapat beberapa laporan mengenai kesan sampingan menggunakan pengurut termal ceragem seperti pening dan tulang rapuh. Sila rujuk dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Kajian kukuh untuk membuktikan keberkesanan Ceragem masih perlu dijalankan.

Perkara yang harus diketahui sebelum menggunakan Ceragem

  1. Setiap alat Ceragem dilengkapi dengan arahan manual yang lengkap. Ceragem mengesyorkan supaya pengurut termal ceragem ini digunakan dua kali (pagi dan petang) sehari.
  2. Semua orang boleh mencuba terapi ceragem. Untuk sesiapa yang baru menjalani pembedahan anda harus menunggu sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum menggunakannya. Wanita hamil, orang yang sensitif terhadap haba, kurang stamina, masalah kulit, osteoporosis, dan diabetes sebaiknya tidak menggunakan alat ini. Jika anda masih mempunyai kebimbangan mengenai terapi ceragem, anda boleh berjumpa dengan doktor pakar.
  3. Jangan tidur terlalu lama ketika menggunakan alat pengurut ini kerana ia akan menyebabkan ketegangan otot di bahagian bahu, leher dan belakang. Ia juga boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk seperti kulit terbakar.
  4. Jangan gunakannya jika perut terlalu kenyang atau masih kosong.
  5. Kanak-kanak dibenarkan menggunakan pengurut terma ceragem di bawah pengawasan ibu bapa. Anda perlu laraskan suhu berpandukan kepada arahan manual.
  6. Alat ini boleh menampung sehingga 150 kg berat badan (330 lb).

Hasil keberkesanan rawatan ceragem mengambil masa yang berbeza bagi setiap pengguna bergantung kepada umur, keadaan kesihatan, dan gaya hidup mereka. Walaupun terdapat beberapa kajian mengenai keberkesanan terapi ceragem dalam menyembuhkan penyakit, tetapi masih tiada bukti saintifik yang kukuh. Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor di klinik atau hospital. Jika tiada sebarang kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

Rujukan

  1. Ceragem, FDA Pautan
  2. Health Benefits of Ceragem Therapy for Weight Loss, Living in Well Being Pautan

Penyemak Perubatan & Pasukan Editorial

Penyemak Perubatan Disahkan Disahkan MMC

Dr. Chong Zhan Pong

Doktor Perubatan Am (GP) • Doktor Perubatan (MD), International Medical University (IMU)
DoctorOnCall

Dr. Chong Zhan Pong berkelulusan Doktor Perubatan (MD) dari International Medical University (IMU). Kepakaran klinikal beliau merangkumi perubatan dalaman, kesihatan metabolik, penjagaan pencegahan, dan telekonsultasi pesakit.

Dr. Adeline Carol Peters
Penulis Artikel

Dr. Adeline Carol Peters

Doktor Perubatan Am (GP) • Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) — Manipal Academy of Higher Education (MAHE)

Dr. Adeline Carol Peters ialah doktor berpengalaman dan Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) bertauliah dengan kepakaran luas dalam pengurusan pesakit luar, saringan kesihatan, dan advokasi perubatan pesakit.

Penjagaan Kesihatan Pantas & Sulit

Bercakap dengan doktor bertauliah dalam talian hari ini

Elakkan masa menunggu. Berhubung dengan doktor berdaftar di Malaysia melalui DoctorOnCall dalam masa kurang daripada 5 minit untuk diagnosis, preskripsi ubat, dan bimbingan klinikal.

Terokai Mengikut Topik Kesihatan

Pilih kategori klinikal untuk rawatan berasaskan bukti dan panduan pakar

100% Semakan Doktor Bertauliah

Setiap panduan klinikal disemak oleh pengamal perubatan berlesen

Berasaskan Bukti & Terkini

Selaras dengan garis panduan klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pendidikan Pesakit Telus

Berdedikasi untuk pemerkasaan pesakit dan maklumat kesihatan telus