Sulit
2 tahun
Period baru habis 2 hari kemudian period lagi
saya berumur 40tahun. bulan ni saya baru habis period 1 hari kemudian keesokkan nya keluar darah berwarna coklat dalam kuantiti sedikit. sehari selepas itu period saya pun keluar. saya tidak mempunyai rasa sakit dibahagian bawah abdomen. saya rasa macam period biasa sebab tegang di payudara seperti biasa. adakah itu normal atau mungkin sebab hormon usia saya. terima kasih harap pihak puan dapat memberi pencerahan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid yang tidak teratur atau haid yang datang kali kedua boleh disebabkan oleh beberapa faktor:
- Ketidakseimbangan hormon
- Ovulasi atau Ovulation Spotting
- Penyakit yang menyebabkan anda tidak berovulasi
- Masalah tiroid
- Stress atau kegelisahan
- Penggunaan kontraseptif
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Endometriosis (Ketumbuhan tisu rahim pada luar rahim)
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Jangkitan kuman pada serviks atau rahim
- Kehamilan ektopik
- Kanser rahim atau ovari
Anda tidak perlu risau lagi kerana gejala haid tidak teratur ini kadangkala merupakan perkara yang biasa dialami oleh 50% segolongan wanita yang sihat. Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan dan jika anda mengalami simptom-simptom lain seperti:
- Pendarahan yang terlalu kerap dan banyak
- Sakit senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid
- Rasa ketulan pada kawasan rahim dan ovari
- Keletihan dan tidak bermaya
- Penurunan berat badan yang mendadak
- Kurang selera makan
- Menggigil atau berpeluh malam, serta kemerahan pada muka
- Kegatalan atau keputihan pada kawasan faraj
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.