Sulit
2 tahun
Tangan dan kaki bergegar
Sy bertanyakan isu tentang masalah yg di alami suami sy… Milsoon, 30tahun, merokok, suka minum berkafein 2-3x sehari, ada gastrik tapi x teruk
Tangan sentiasa bergetar, lebih kuat bergetar ketika penat dan lapar. Dlm keadan relax ada kurang sikit
Kaki juga kadang2 bergetar, ada masa2 driving lutut kiri akan bergetar kuat dan bila berdiri lama arround 15m+
Tiada masalah kesihatan lain cuma ada history masalah pinggang… Bila angkat berat2… Pingang akan terasa sakit… Pernah bengkak otot pingang atas tulang belakang, bila dtg sakit pingang ni…
Setakat ni… Itu jer masalah dia…
Sy nak tau pasti apakah penyebab gegaran tersebut dan cara merawatnya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk pengetahuan anda, berikut adalah sebab kemungkinan suami anda mengalami masalah tangan dan kaki bergetar (tremor).
- Getaran fisiologi boleh berlaku semasa anda letih, cemas, tertekan atau marah dan sesetengah orang apabila mengambil minuman berkafein terlampau banyak atau merokok
- Restless leg syndrome/ Sindrom kaki gelisah
- Penyakit neurologi seperti multiple sclerosis, strok, Parkinson
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Masalah kesihatan lain seperti tiroid, kegagalan buah pinggang dan penyalahgunaan bahan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor sebaik-baiknya pakar neurologi untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.