Sulit
3 tahun
Bawah ibu jari kaki menyucuk berselang 5 minit.. Kaki panas Dan berpeluh
Salam doktorm. saya berumur 40 tahun… Ade rase kesakitan menyucuk seperti jarum selang 5 minit… Dan berulang… Kaki terasa panas… Berpeluh… Minta tuan doktor bantu apakah yg saya hadapi sekarang… Baru 3 hari terjadi
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Masalah saraf
- komplikasi kencing manis
- kekurangan nutrisi seperti vitamin B12
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana ini mungkin disebabkan oleh penyakit yang serius yang mungkin mengundang gejala gejala lain di masa kelak. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.